“Saya Dah Agak Dia Ada Wanita Lain”- Tak Sangka Ini Respon Ellie Bila Tahu Bekas Suami Bakal Nikah Lagi- Lubuk Viral

” Masa yang ada agak terhad untuk saya uruskan segala persiapan…”

Itu kata-kata pelakon Azri Iskandar yang mengesahkan dirinya bakal mendirikan rumh tngga dalam masa terdekat dengan seorang penulis skrip yang dikatakan turut memiliki PhD dalam jurusan muzik.

Azri berkata, dia dan keluarganya bercadang untuk menghantar rombongan merisik dan meminang Azra Diera sebelum 23 Jun ini.

” Jika tiada aral melintang, kami akan bernikah dulu.

” Majlis perkahwinan akan diadakan kemudian dalam waktu terdekat,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Menurutnya, Azra, atau mesra disapa Ara belum pernah berkahwin sebelum ini.

Azri sebelum ini pernah berkahwin dengan pengarah, penulis skrip dan pelakon terkenal, Ellie Suriati Omar. Namun, pasangan itu sah bercrai pada 17 Mei lalu.

Hasil perkongsian hidup selama 19 tahun, Azri dan Ellie dikurniakan dua anak, iaitu Azrell Omar, 18 dan Nur Azreen, 13.

Terdahulu, Ellie memberitahu Malaysiakini bahawa dia yang membuat permohonan percraian pada 22 April lalu.

Menurut Azri yang juga pelakon Pontiian4k Harum SundaI Malam itu, majlis persandingan terpaksa ditangguh buat sementara waktu kerana dia terpaksa memenuhi jadual kerja yang padat ketika ini.

” Sekarang saya masih lagi menjalani penggambaran drama Kau Tak Punyai Hati arahan Azmi Hatta terbitan TV3 sampai 2 Ogos depan.

” Masa yang ada agak terhad untuk saya uruskan segala persiapan. Namun, doakan yang baik-baik untuk kami berdua. Saya akan umumkan tarikhnya nanti,” tuturnya.

Ini respon Ellie Suriaty 

” Saya tidak terkejut dan sudah boleh agak akan hal ini..”

Itu luahan pengarah, pelakon dan jurulatih lakon, Ellie Suriaty yang mengatakan dia tidak terkjut apabila bekas suaminya, Azri Iskandar bakal berkahwin dengan seorang wanita bernama Azra Diera Abdul Hamid.

Apatah lagi tempoh proses edah mereka masih belum habis selepas masing-masing bersetuju untuk bercrai dan membawa haluan masing-masing pada 17 Mei lalu.

” Sebab itulah hati saya benar-benar bulat dan tekad untuk menarik diri daripada perkahwinan ini.

” Sebab saya dah rasa dia ada hbungan dengan wanita lain.

” Dan, waktu saya failkan crai, saya tak perlu tanya lagi untuk dapatkan apa-apa kepastian atau kesahihan. Sebab saya kenal dia sangat sebagai suami selama 19 tahun.

” Selama tempoh itu, kita telah melalui segala susah senang bersama. Bila ada perubahan dalam rumh tngga, saya tahu hati dia ada pada orang lain dan bukannya dengan saya lagi,” katanya kepada Getaran.

Menurut Ellie lain, dia tidak mahu ambil kisah tentang siapa pun yang bakal dikahwininya.

” Lebih baik saya teruskan kehidupan ini demi anak-anak dan tumpukan perhatian kepada kerjaya seni saya. Sebab hidup ini terlalu bermakna untuk kita serabutkan otak dengan hal-hal sebegini,” katanya lagi.

” Sebelum bercrai, saya telah ambil keputusan yang cukup lama untuk memikirkan baik dan burvknya.

” Bahkan saya sudah memohon petunjuk daripada Allah SWT. Azri tidak tahu yang saya tahu apa dia lakukan di belakang saya.

” Tapi, naluri seorang isteri itu sangat kuat. Kita sendiri dapat rasakan banyak perubahan yang sangat ketara. Lagipun kita bukan baru kahwin setahun dua.

” Saya tak nafikan ada ramai perempuan di luar sana yang jauh lebih baik daripada saya. Tapi mereka bukan Ellie Suriaty yang sangat faham siapa Azri Iskandar,” katanya lagi.

Dalam masa sama, Ellie berkata, dia tidak menyalahkan bekas suaminya itu atas keputusan yang dibuat.

“Saya tak salahkan dia. Kami ada hubungan baik dengan anak-anak. Begitu juga saya dengan anak-anak tiri. Tidak ada istilah nak rebut harta dan anak-anak. Itu semua tidak menjadi isu,” katanya.

Ellie dan Azri berkahwin pada 2003, dan hasil perkahwinan selama 19 tahun itu, mereka dikurniakan dua anak, Azrell Omar Azri Iskandar, 18, dan Nur Azreen, 13.

Sumber: Kosmo

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: https://www.bigonewzz.com/