Gadis ‘bu4ya’ tinggalk4n 10 lelaki setelah jumpa pemuda pilihan hati, tiga hari kenal terus ajak tunang

SIAPA sangka perkenalan selama sebulan telah membawa pasangan ini merancang untuk ke jenjang pelamin.

Begitulah apa yang berlaku kepada Nurul Afiqah Yasran, 24, yang melalui tempoh percintaan yang singkat dengan pasangan, Muhammad Fikri Ismail, 25, bermula di Instagram dan akhirnya selamat diijabkabul pada 5 Mei lalu.

Bagaimanapun, dia yang senang disapa Eqa berkata, sebelum menerima Muhammad Fikri sebagai suaminya, dia sedang patah hati selepas putus cinta dengan bekas kekasihnya.

“Saya tengah bersedih lepas putus hubungan dengan bekas teman lelaki. Kami sudah bercinta lebih tujuh tahun masa putus. Padahal kami dah rancang nak bertunang Oktober 2021.

“Saya dah buat simpanan nak bertunang sebanyak RM3,000 tapi takdir menentukan kami berpisah. Lepas putus saya terus jadi ‘buaya’ berkawan dengan ramai lelaki.

“Saya jadi ‘playgirl’ sebab dah tak percaya dengan mana-mana lelaki. Ada 10 orang saya kenal dalam masa dua bulan saja,” katanya ketika dihubungi mStar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Dalam masa yang sama, Eqa yang menetap di Bandar Jengka, Pahang ini, berkata dia sering berdoa pada Allah supaya dipertemukan jodoh baik untuk dirinya.

Jelas Eqa, dia tidak sangka doanya diperkenankan Allah apabila dia bertemu dengan Fikri pada 7 Julai 2021 di Instagram dan kini jejaka itu merupakan suaminya yang sah.

“Saya ada nampak dia post dekat story Instagram pasal jodoh jadi saya balas dengan emoji ketawa sebab masa ni saya masih ‘bu4ya’. Dari situlah kami mula bertegur sapa.

Eqa dan Fikri berkenalan pada Julai 2021.

“Hari ketiga berkawan saya cuba ajak dia bertunang. Dia terus cari gambar cincin yang sesuai. Lagipun duit simpanan memang dah cukup untuk sebab tak jadi bertunang dengan pakwe lama.

“Saya jemput dia datang rumah untuk kenal dengan famili. Syukur bila keluarga pun suka dia jadi kami pun teruskan bercinta. Sebulan saja bercinta terus kami cari cincin dan majlis dilangsungkan pada 12 Disember tahun lalu,” katanya.

Menurut Eqa yang berniaga sendiri, mereka masing-masing mempunyai perasaan suka justeru tidak menghadapi masalah untuk meneruskan perhubungan.

Jelas Eqa lagi, Fikri juga tahu akan kisah lampaunya yang berkawan dengan 10 orang lelaki serentak ini sebelum serius mengenali dirinya.

“Suami pun sama macam saya sedih tak jadi kahwin dengan bekas kekasih dia. Jadi saya anggap ini perancangan Allah sebab nak satukan hati kami yang merupakan jodoh sebenar.

Majlis pertunangan diadakan pada 12 Disember 2021.

“Dia tahu saja yang saya ni ‘buaya’ sebelum kenal dia. Suami pun dah kenal saya lama sebab saya berniaga. Lepas kenal Fikri, saya terus tinggalkan semua lelaki sebelum ni,” seloroh Eqa.

Berikutan video yang menjadi tular di TikTok, cerita mengenai perjalanan kisah cinta Eqa telah meraih hampir 500,000 jumlah tontonan.

Eqa dan Fikri telah berkahwin pada 5 Mei 2022.

Rata-rata netizen turut menyatakan bahawa mereka turut percaya pada ketentuan Allah setelah melihat perkongsian Eqa mengenai jodoh dan pertemuannya.

Kata Eqa, tujuannya berkongsi video tersebut adalah sebagai pemberi semangat apatah lagi kepada mereka yang sedang berduka setelah putus cinta.

Komen :

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: MStar