Ubah Suai Rumah Tanpa Kelulusan, Jiran Dedah Apa Yg Berlaku Sampai Mereka Tertek4n- Lubuk Viral

SEREMBAN: Majlis Bandaraya Seremban (MBS) kini sedang menyiapkan proses dokumentasi bagi mengambil tindakan undang-undang lanjut terhadap pemilik sebuah rumah di Taman Surian, Mantin di sini yang didapati melakukan pengubahsuaian kediaman tanpa kelulusan.

Datuk Bandar MBS, Datuk Masri Razali berkata, pihaknya mengesahkan menerima aduan daripada jiran pemilik rumah tersebut yang mend4kwa tindakan pengubahsuaian berkenaan telah menimbulkan rasa tidak selesa mereka.

Beliau berkata, susulan isu tersebut, MBS telah mengeluarkan beberapa kali notis kepada pemilik rumah berkenaan dengan yang terakhir diberikan pada 14 April lalu.

“Kami memang telah berikan notis kepada pemilik untuk merobohkan, namun disebabkan tiada tindakan dan pembinaan terus dilakukan jadi kami bawa ke peringkat seterusnya iaitu bagi tindakan undang-undang,” katanya hari ini.

Sementara itu, tinjauan pemberita di lokasi mendapati rumah tersebut telah diambil tindakan tutup (sealed) oleh penguat kuasa MBS.

SEBUAH rumah yang melakukan pengubahsuaian tanpa kelulusan di Taman Surian, Mantin, Seremban sehingga menimbulkan rasa tidak selesa kejiranan telah ditutup oleh pihak MBS hari ini. – UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI

Tertekan sejak jiran ubah suai rumah

ehidupan sepasang suami isteri di Taman Surian di sini tidak lagi tenteram sejak jirannya membuat kerja-kerja pengubahsuaian rumah yang did4kwa tidak mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).

Kesan daripada projek itu, rumah Abdul Halim Abdul Talib Hassan, 38, dan Nor Sabrina Ayu Nordin, 44, berdepan masalah bocor dan ret4k di beberapa bahagian.

Dakwa Abdul Halim, pihak kontraktor didapati tidak mengikut tatacara keselamatan sepanjang kerja-kerja pengubahsuaian dilakukan.

“Pernah berlaku kejadian serpihan batu bata jatuh di dalam kawasan garaj rumah saya yang meros4kkan cermin motosikal.

“Saya bersyukur kerana ketika itu anak-anak saya tidak bermain di luar rumah,” katanya pada sidang akhbar bersama empat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di rumahnya di sini pada Selasa.

Menurutnya, aduan rasmi sudah dibuat beberapa kali kepada Majlis Bandaraya Seremban (MBS) untuk tindakan, namun kerja-kerja pengubahsuaian dilihat tetap diteruskan.

Jelasnya, difahamkan pihak MBS sudah mengeluarkan notis arahan memberhentikan kerja-kerja pengubahsuaian sebanyak tiga kali sejak tahun 2019.

“Tapi saya tengok ‘tali kuning’ yang dipasang oleh pihak MBS itu telah dicabut.

Abdul Halim dan Nor Sabrina menunjukkan laporan polis yang dibuat. Turut menyokong tindakannya empat NGO (berdiri belakang).

“Dia nak buat ubah suai rumah saya tiada masalah, tapi bila mula mengancam keselamatan dan keselesaan keluarga, saya tak boleh berdiam diri,” katanya.

Bukan itu sahaja kata Abdul Halim, paku dan skru serta simen didapati bersepah hingga ke kawasan laman rumahnya.

Malah bapa kepada empat cahaya mata itu pernah membuat laporan polis disebabkan kerosakan rumahnya.

“Terbaharu pada Ahad lalu selepas saya ‘diserang’ jiran yang tidak berpuas hati kerana saya mengambil gambar dan video rumahnya untuk rujukan MBS,” katanya.

Nor Sabrina Ayu pula berkata, dia berdepan masalah tekanan emosi kerana ketenteraman hidupnya terganggu.

“Saya pindah sini tahun 2018 dan hidup kami waktu itu aman saja sehinggalah pemilik rumah buat kerja-kerja pengubahsuaian.

“Sesiapa yang nampak keadaan rumah yang diubah suai ini pun akan mempersoalkan kerana jelas nampak ia keterlaluan,” katanya.

Semalam tular di media sosial, dakwaan seorang penduduk berhubung pembinaan rumah tanpa kelulusan di sebelah rumahnya di Taman Surian, Mantin di sini yang boleh menimbulkan rasa tidak selesa penghuni lain di taman perumahan berkenaan.

Katanya penduduk berkenaan, walaupun beberapa kali aduan telah dibuat namun tiada tindakan tegas diambil oleh pihak berkuasa tempatan (MBS) melainkan notis memberhentikan kerja pengubahsuaian dikeluarkan kepada pemilik rumah berkenaan. – UTUSAN

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: http://trendingsangat.pw/