Tersebar Lakaran Lukisan Wajah ‘Peny1hir’, Ini Reaksi Ustaz Kazim Yg Di Tunggu2 Ramai- Lubuk Viral

PETALING JAYA – Pendakwah bebas, Datuk Mohd. Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim memohon agar trend menyebarkan lakaran lukisan ‘peny1hir’ segera dihentikan.

Ustaz Kazim menerusi hantaran terbarunya di Facebook sebentar tadi memaklumkan beliau telah menerima banyak kiriman mesej daripada pengguna TikTok yang berkongsi lakaran lukisan seseorang yang dikatakan adalah milik individu yang melakukan s1hir.

“Saya dapat banyak kiriman daripada TikTok lakaran lukisan kononnya orang yang melakukan s1hir.

“Saya berlepas diri daripada perkara-perkara sebegini,” katanya.

Sementara itu, beliau turut menegur kepada mana-mana individu yang terlibat agar tidak sewenang-wenangnya berkongsi lakaran seperti itu kerana ia mungkin menyerupai wajah seseorang.

“Jangan menimbulkan tanggapan tudvhan kepada sesiapa pun dan perkara begini bukan daripada kaedah perawatan yang dibenarkan.

“Saya berharap pemilik akaun berkenaan memadamkan gambar-gambar ini dan ianya tiada faedah sama sekali,” jelasnya.

Antara lakaran lukisan wajah ‘penyih1r’ yang dikirimkan kepada Ustaz Kazim oleh pengguna media sosial.

Sebelum ini, Ustaz Kazim telah mended4hkan keadaan dirinya yang dipercayai terkena s1hir dan mengatakan seramai enam individu telah tampil bersemuka dengannya untuk meminta maaf kerana menyih1r dirinya.

Susulan itu, tular video TikTok @official_neopawangdiraja dimana dia membuat pended4han berkenaan orang yang meny1hir Ustaz Kazim. Menerusi video tersebut, dia telah melukis 4 individu berbeza yang menyihir Ustaz Kazim dengan

Sosok yang pertama ialah seorang wanita bertudung dan didampingi oleh makhluk berupa h4ntu poc0ng bermata hijau, manakala sosok kedua ialah seorang lelaki berkopiah menggunakan barang s1hir seperti rambut, jarum dan tisu peluh m4ngsa.

Bagi sosok ketiga pula ialah seorang dukun dari Indonesia dimana mempunyai lemb4ga hitam sebagai lemb4ga suruhannya dan sosok keempat ialah seorang dukvn asli yang menggunakan katak dan j1n harimau belaannya.

Menurut lelaki tersebut, dia tidak mengenali individu-individu yang dilukisnya dan tidak berniat untuk menvduh mana-mana pihak. Tambahnya, lakaran yang dikongsikan adalah sebuah lakaran gh4ib yang terhasil daripada gerak yang Maha Kuasa.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa terkejut dengan perkongsian tersebut. Malah, ada juga segelintir netizen mempersoalkan kebenaran pada lukisan tersebut.

Akan tetapi, ada juga netizen mengatakan bahawa cara perubatan seseorang itu berbeza dan mungkin lelaki itu memang memang boleh melihat benda ‘gh4ib’ tersebut.

Tidak hanya itu, segelintir netizen juga mendoakan agar kesihatan Ustaz Kazim kembali pulih dan kesemua sih1r berjaya dibuang. Di akhir video, lelaki tersebut menasihati orang ramai agar sentiasa berwaspada dengan sesiapapun.

Orang jumpa gambar saya di tempat rawatan bomoh Thailand” Ustaz Kazim deda4h ada orang kata dia mungkin terkena sihir ‘pvru kat4k’

Penyakit misteri yang dialami oleh Datuk Mohd Kazim Elias atau lebih mesra dipanggil Ustaz Kazim Elias (UKE) seperti yang didedahkan beliau sebelum ini, telah mengundang rasa simpati ramai.

Berdasarkan perkongsian video terbaru di Facebook, Ustaz Kazim berkata, beliau kini sedang dalam usaha mencari individu di Thailand yang menjadi ‘punca’ kepada keadaan yang dialaminya itu.

”Sahabat saya dari Thailand dah sampai dua hari lepas, jadi kita nak cari orang di Thailand yang disebut berkali-kali yang orang jumpa gambar saya di tempat rawatan dia,” katanya.

Beliau turut memberitahu bahawa beliau sanggup membayar berapa yang diminta demi kembali menjadi sihat semula.

”Nak pujuk dia supaya buangkan sihir dia supaya dengan izin Allah tak ada sihir lagi, berapa ribu nak pun kita bayar lah pada bomoh tadi untuk tarik balik apa yang dia buat,” katanya.

Kesan daripada kena sihir, Ustaz Kazim mendakwa bahawa lvka muncul di bahagian wajah dan badannya selain wajahnya turut menjadi hitam dan tangan serta kaki turut mengecil.

”Dekat muka dah jadi hitam, kaki saya mengecil tangan saya pun mengecil, yang besar hanya perut sahaja sebab tu ramai orang kata (Ustaz Kazim) kena sihir puru katak,” katanya.

”Jadi, kena sihir daripada katak macam tuan-tuan tengok katak tu macam tu lah kaki katak jadi kecil, tangan katak kecil yang besar hanyalah perut, itulah saya,” katanya.

Tambah beliau, darah juga keluar di bahagian tubuhnya akibat penyakit tersebut.

”Dia jadi luka ikut suka, duduk saja-saja dia keluar darah meleleh, darah satu badan,” katanya.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan mengenai isu gambar yang dimuat naik sebelum ini di mana telah mencetuskan kontr0versi ramai.

Gambar tersebut dikatakan sekadar kesan makeup oleh juru solek dan bukan penyakit seperti yang did4kwa oleh beliau.

”Takkan saya nak tunjuk benda aurat saya dalam Facebook, benda tu aib pada saya, kebetulan (juru solek) buat pada lengan saya (untuk filem) jadi saya masukkan,” katanya.

Jelas beliau, kesan daripada penyakit tersebut muncul pada bahagian perut dan peha yang tidak boleh dided4hkan kepada umum.

”Takkan saya nak tunjuk keadaan di perut saya, di peha saya, hanya orang yang dekat sahaja yang tahu, anak-anak dan isteri.

”Ini bukan benda tipu cuma saya sorok pada orang, benda yang tak boleh disorok di muka jadi di muka ini penuh dengan foundation,” katanya.

Terdahulu, Ustaz Kazim mengakui dirinya kini sedang dalam proses mendapatkan rawatan terbaik bagi mengubati masalah kesihatan yang dialaminya ketika ini.

Sumber: vocket | SK

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: http://trendingsangat.pw/