“Walau Tak Semahal Mana…,” – Mula Dengan Berangan, Impian Usop Akhirnya Tercapai- Lubuk Viral

Penyanyi, Usop menzahirkan rasa syukur selepas akhirnya dia dikurniakan rezeki untuk memiliki kereta idamannya jenis Mercedes AMG.

Menurut Usop atau nama sebenarnya, Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor, dia sendiri tidak menyangka angan-angannya itu mampu menjadi kenyataan satu hari nanti.

“Alhamdulilah dapat juga pakai. Dulu dok tengok ja orang naik. Syukur Allah bagi merasa nikmat dunia.

“Walaupun tak semahal mana aku tetap bersyukur. Terima kasih baba, mama dan isteri saya sebab selalu mendoakan saya love u all so much,” tulisnya.

Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Sejarah Cintaku itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.

Dikesempatan itu juga, Usop turut merakamkan ucapan perhargaannya buat kedua ibu bapanya dan isteri kerana sentiasa menyokong perjalanan kerjayanya selama ini.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain turut mendoakan semoga Usop akan terus sukses lagi selepas ini.

“Tahniah bersyukur atas nikmat Allah bero rezeki. Banyak-banyaklah berdoa dan bersyukur.

“Rezeki isteri dan anak-anak.

“Alhamdulillah syukur pada yang pemberi rezeki.

“Tahniah Usop. Rezeki Allah tu. Bersyukurlah,” antara komen-komen netizen di Instagram.

Terdahulu, nama Usop mula dikenali ramai setelah menenangi tempat kedua bagi program realiti nyanyian, Mentor Milenia 2017.

Usop telah mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati yang juma merupakan model, Nur Fatihah Md Hashim pada tanggal 4 February lalu.

Pada Mac lalu, Usop mengumumkan isteri itu kini sedang hamil anak pertama.

Sedikit trivia Usop

Muhammad Saiful Naim bin Muhammad Noor (lahir 24 Oktober 1997) atau lebih dikenali sebagai Usop merupakan seorang penyanyi lelaki Malaysia. Beliau mula dikenali setelah menyertai Mentor Milenia 2017 dimana beliau dinobatkan sebagai naib juara didalam program realiti TV tersebut.[1] Beliau juga merupakan naib juara program realiti TV Big Stage musim 3.[2]

Biodata

1. Pemilik nama lengkap, Muhammad Saiful Naim Muhd. Noor. Nama pentasnya, Usop atau Usop Mentor.

2. Lahir pada 24 Oktober 1997.

3. Berasal dari Lunas, Kulim, Kedah.

4. Berusia 22 tahun.

5. Mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Lunas Jaya dan Sekolah Menengah Kebangsaan Lunas.

6. Kerjaya seninya bermula selepas menyandang gelaran naib juara dalam program realiti, Mentor Milenia 2017 di bawah didikan penyanyi Hazama.

7. Kini bernaung di bawah label, Rocketfuel.

8. Antara single pernah dirakamkannya seperti Matahari, Nama Terindah, Aku Yang Bersalah dan Selamanya.

9. Akaun Instagramnya yang menggunakan nama @usopofficial sudah mengumpul lebih 500,000 pengikut.

Usop Ketika Ujibakat Mentor

Fakta Menarik

Dikenali dengan karakter lucu dengan perangainya yang ‘gila-gila’.

Berkomunikasi dalam loghat Utara yang pekat.

Peminat lagu-lagu Bollywood.

Sebelum bergelar selebriti, beliau pernah menyara kehidupan dengan bekerja di kedai makan, selain berkhidmat sebagai tukang servis penghawa dingin.

Sebelum popular dengan nama komersial Usop, beliau terlebih dahulu dikenali sebagai Epul di kalangan kenalan. Nama ‘Usop’ dicetuskan mentornya, Hazama yang diilhamkan daripada karakter animasi popular, ‘Usop Sontorian’.

Menjadikan Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah dan Ezad Lazim sebagai inspirasi.

Menyifatkan dirinya anak yang manja.

Bakal membuka kedai makan sendiri yang berkemungkinan akan menghidangkan nasi campur air tangan ibunya sebagai menu.

Sewaktu kecil, gemar menyanyikan lagu-lagu nasyid.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Usop

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: http://trendingsangat.pw