“Yusuf Ke Ni?”– Semakin Dewasa, Hanis Zalikha Sampai Tak Kenal Anak Sendiri – Lubuk Viral

Satu hantaran di Instagram milik Hanis Zalikha menarik perhatian netizen apabila dia memuat naik gambar anaknya yang sulung, Yusuf dengan beberapa ucapan kepadanya.

Sambut Hari Lahir Anak Sulung

via Instagram Hanis Zalikha

Dalam hantaran tersebut, kelihatan Hanis Zalikha memuat naik gambar Yusuf bersama sebiji kek dengan ucapan Selamat Hari Lahir kepada anaknya itu.

Duruang komen, netizen juga turut tidak melepaskan peluang untuk memberikan ucapan dan mendoakan kepada anak Hanis Zalikha.

Anak Sudah Dewasa

Menurut Hanis Zalikha, dia menyatakan bahawa anaknya itu kelihatan sudah nampak dewasa. Dia juga turut menceritakan bagaimana anaknya merasa bertanggungjawab apabila anaknya itu terpaksa bersarapan dalam keadaan laju supaya tidak terlambat menghadiri kelas catur.

Bukan itu sahaja, Yusuf juga turut keluar semula dari kereta sebelum pergi ke kelas untuk memastikan bahawa dia tidak tertinggal peralatan sekolah.

Yusuf ke Ni?

via Instagram Hanis Zalikha

Melihat kepada perubahan yang terjadi pada Yusuf, Hanis Zalikha seolah-olah tidak mempercayai bahawa anaknya ini semakin dewasa dan mempunyai rasa betanggungjawab

Tambahnya lagi, dia turut mengiyakan bahawa benar apa yang diperkatakan oleh orang, pertumbuhan anak-anak ini akan mengikut ‘pace’ anak itu sendiri. Dan melihat kepada Yusuf, anaknya ini kelihatan lebih bertanggungjawab.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: Muraimy