“Bila banyak sangat lalu roadbl0ck masa PKP sampai dapat jodoh” – Alhamdulillah Ada hikmahnya – Lubuk Viral

Soal jodoh ini sememangnya menjadi rahsia Allah S.W.T kepada kita, sesiapa pun tidak akan boleh menjangka bahawa dirinya akan bertemu jodoh dengan sesiapa kerana isu jodoh ini memang bukan ditentukan oleh kita manusia ini.

Ada yang diantara kita ini bertemu jodoh dengan orang yang dicintai dan ada juga yang bertemu jodoh setelah sekian lama mencari. Setiap insan yang bergelar manusia memang mempunyai cerita tersendiri mengenai jodoh.

Bercerita tentang jodoh ini, sebuah rakaman video telah tular di laman Facebook apabila seorang gadis telah memuatnaik video dirinya yang telah bertemu jodoh yang tidak disangka-sangka iaitu seorang polis kerana sering kali melalui “roadblock” polis.

Menurut gadis itu, pada musim PKP 3.0 yang lepas, beliau selalu melalui jalan yang terdapat roadblocks itu dan seorang polis itu telah menahannya dan bermula dari itu hatinya terus tertawan dan tidak sampai 6 bulan berkenalan, beliau sudah sah menjadi isteri kepada polis itu.

Video:

@tashaimaharaniat nak rakam jer tpiii❤️❤️♬ Pasti – Cherpen Band

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang terkejut dengan pengakuan tersebut dan ramai juga yang men1ngg4lkan komen yang walaupun mereka selalu melalui roadblocks tapi masih juga “single”.

Komen Netizen:

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber : Tiktok tashaimahara