“Jumpa Dalam Keadaan Berbeza, Makin Cantik..” – Mulan Jameela Teruja Bertemu Fazura Selepas 6 Tahun – Lubuk Viral

 

Selebriti Indonesia Mulan Jameela meluahkan rasa bertuahnya apabila dapat bertentang mata dengan pelakon terkenal Malaysia, Nur Fazura setelah tidak bertemu selama enam tahun.

Menerusi laman sosial Instagram, Mulan atau nama sebenarnya Raden Wulansari, 43, berkongsi momen bertemu dengan pelakon Kami Histeria itu di sebuah hotel mewah di Kuala Lumpur.

Istimewanya lagi, Fazura turut menghadiahkan beberapa helai tudung jenamanya buat bekas anggota kumpulan Ratu itu.

Kedua-dua penyanyi yang kini sudah berhijab itu dilihat berpelukan mesra di dalam video berdurasi satu minit yang dimuat naik.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mulan Jameela (@mulanjameela1)

“Alhamdulillah setelah 6 tahun tak ketemu, akhirnya bisa berjumpa dalam keadaan yang berbeza ya sis Fazura. Makin cantik dengan hijab brand Fazura yang meletup di Malaysia,” tulis Mulan.

“Aku beruntung dapat hadiah hijab, aku suka! Nanti aku review hijabnya ya cantik. Semoga selalu berlimpah kebaikan dari Allah SWT, amin,” ujarnya lagi.

Malah, Fazura turut sama mengulang siar hantaran video tersebut di laman Instagramnya.Sementara itu di ruangan komen, ia dihujani dengan puji-pujian untuk kedua-dua selebriti ini.

Komen netizen:

  

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: Gempak