Konon Aeril Zafrel Tolak Isteri Jatuh Bot, Netizen Mula Kait Dgn Kem4tian Tangm0- Lubuk Viral

Jika dilihat di laman Instagram, pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal difahamkan sedang bercuti di Thailand bersama sebahagian ‘orang kuat’ yang menjayakan perniagaan mereka.

Bagaimanapun, memetik laporan Cari Forum, terdapat satu video did4kwa dimuat naik oleh Aeril sendiri di aplikasi TikTok telah menimbulkan rasa kurang senang segelintir pihak.

Menerusi rakaman berdurasi 18 saat itu, kelihatan pasangan tersebut menaiki bot menyelusuri sungai yang dikelilingi panorama kehijauan dengan latar belakang sebuah lagu Thailand.

Namun begitu di pertengahan video berkenaan, aktor drama Tercipta Satu Ikatan dilihat kononnya menolak isterinya ke dalam sungai.

Selepas isteri hilang dari pandangan, dia menunjukkan aksi gelak ketawa seolah-olah puas dengan tindakan dilakukan.

Berikutan itu, warga Twitter mendakwa bapa kepada empat orang cahaya mata itu seperti mempersendakan kematian aktres Thailand, Tangmo Nida yang menggemparkan media sosial tidak lama dahulu.

Ingat lawak ke?

Terang2 pasal kejadian Tangmo?

‘Try hard’ sangat tu…

Bagaimanapun, video tersebut sudah tiada di akaun TikTok Aeril dipercayai telah dipadam berkemungkinan menyedari dirinya dikec4m warganet.

Dalam perkembangan lain, Aeril Zafrel nak jual Lamborghini Aventador kerana dah puas pandu

Sebulan selepas dihadiahkan sebuah kereta mewah jenis Lamborghini Aventador oleh isterinya, Wawa Zainal, pelakon Aeril Zafrel bercadang untuk menjual kenderaan tersebut.

Alasannya, kerana dia sudah merasai ‘feel’ memandu kereta tersebut.

Ujar Aeril atau nama lengkapnya Suhairil Sunari, 34, dia tidak bercadang untuk menggunakan kereta mewah bernilai RM2.27 juta itu dalam tempoh yang panjang dan telah memaklumkan perkara tersebut kepada Wawa.

“Sebelum Lamborghini, saya sudah ada kereta Mustang juga berwarna kuning. Tapi cuma bertahan (digunakan) selama setahun dan akhirnya berada di rumah sebelum saya nekad menjualnya kepada kawan.

“Kemudian Wawa hadiahkan pula kereta ini (Lamborghini Aventador). Selepas memandunya beberapa kali, kemungkinan kereta ini juga tidak lama saya gunakan (akan dijual),” katanya.

Ujar pelakon yang diberi jolokon ‘CEO TikTok’ itu, isterinya tidak berkecil hati atau marah jika dia menjual kereta tersebut kerana faham dirinya sekadar mahu cuba memandu kereta yang diidamkan.

“Dia (Wawa) sangat faham saya. Sewaktu dia belikan Mustang pun sama juga kisahnya. Saya sekadar mahu cuba dan rasai pengalaman memandu kereta tersebut. Saya sejenis pakai (pandu) untuk rasa sekejap.

“Saya bukan beli kereta mewah untuk menunjuk-nunjuk. Saya pun jarang muat naik gambar atau video dalam Instagram,” katanya.

Terdahulu, pelakon filem KL Vampires itu menggigil selepas menerima kejutan istimewa daripada Wawa atau nama lengkapnya Nur Hawa Zainal Abidin iaitu sebuah kereta Lamborghini Aventador bernilai RM2.27 juta pada April lalu sebagai hadiah (reward) selepas enam tahun menjalankan perniagaan.

Wawa dalam satu kenyatannya berkata, hadiah yang diberikannya itu tidak dapat dibandingkan dengan pengorbanan Aeril sebagai suami dan bapa kepada empat anak mereka selama ini.

Aeril dan Wawa berkahwin pada 31 January 2015.

Pasangan tersebut dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ahmad Fakharuddin Attar, Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa, Aya Soffya dan Muhammad Fahri.

Sumber: Cari Forum , Twitter

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: http://limauasamboi.pw/