“Handsome.. Cantik Hidung Dia” – Selepas 7 Hari, Anzalna Nasir Ded4h Wajah & Nama Baby Boy – Lubuk Viral

Pelakon jelita, Anzalna Nasir dan suami, Hanif Zaki akhirnya mendedahkan wajah dan nama cahaya mata kedua mereka iaitu Mohamad Emirhan.

Berita gembira itu dikongsikan oleh pelakon Aku Isterinya itu menerusi satu hantaran terbaru di Instagram miliknya,

Foto tersebut memaparkan keluarga kecil Anzalna disamping suami dan dua putera tercintanya.

Menurut Anzalna, dia memilih untuk memberitahu nama anakanda keduanya itu mengikut sunnah Nabi iaitu setelah cukup tujuh hari dilahirkan.

“Sebagaimana sunnah Nabi, setelah cukup tujuh hari, kami ingin mengumumkan selepas dita/hnik.

“Anak lelaki tercinta kami dinamakan Mohamad Emirhan Bin Mohamad Hanif yang bermaksud ‘Princ.ely Ruler’.

“Alhamdulillah, semoga membesar menjadi anak yang soleh, berbudi peker.ti mulia, pintar, serta berjaya dunia dan akhi.rat. Amin,” tulisnya di ruangan kapsyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hanif Zaki (@hanif_zaki)

Tinjauan di ruangan komen hantaran tersebut dibanjiri dengan pelbagai reaksi netizen dan rakan-rakan selebriti.

Rata-rata daripada mereka memuji wajah putera kedua Anzalna yang sangat comel dan mempunyai hidung man.cung.

Ramai dalam kalangan mereka turut menitipkan doa yang baik-baik kepada Emirhan.

Untuk rekod, Anzalna dan suaminya, Hanif mendirikan rumah tangga pada tahun 2016, dan hasil perkahwinan mereka dikuerniakan seorang anak lelaki, Mohamad Eirdress kini berusia dua tahun.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: https://www.xtra.com.my/