“Hampir tak cam”- Video Sherry Alhadad ‘kejvtkan’ peminat, disangka Janna Nick – Lubuk Viral

Penampilan pengacara dan pelakon terkenal, Sherry Alhadad nampaknya sekali lagi tular dan menjadi perbualan oleh peminat yang merasa kagum dengan usahanya yang kini semakin berjaya menurunkan berat badan.

Hal ini kerana, dia memuat naik satu rakaman video seperti yang menjadi trend terkini dilakukan oleh warganet. Namun begitu dalam pada mengikuti video trend, Sherry Alhadad bagaimanapun menarik perhatian ramai dengan penampilannya ini.

Sehinggakan ada juga yang meluahkan rasa terkejvt kerana menyangka individu yang berada dalam video yang turut masuk ke ruangan fyp atau for your page di aplikasi TikTok ini merupakan Janna Nick.

Selain tersalah sangka Sherry Alhadad adalah Janna Nick, penampilan pengacara rancangan Big Stage ini turut dihujani dengan pujian ramai yang suka melihat dirinya dalam video ini. Sangat cantik!

@sherry_alhadad Raya dah nk hbs gaisss , nak kekal maintain berat badan? No worries!!! @slimmewhite_hq ada … #fitnessmotivation ♬ DARARI – ︎ ondu

Perkongsian Sherry Alhadad itu bagaimanapun tidak sekadar mengejutkan peminatnya dengan penampilan dirinya  dalam video tersebut malah rata-rata netizen yang menonton juga menyangka dia adalah pelakon, Janna Nick.

“Terkejut ingatkan Janna Nick tadi”

“Hampir tak cam”

“Dulu dia pernah kata kalau dia kurus macam Anzalna Nasir, sekarang terbukti. Bulu mata Anzalna je tak pakai tu”

“Weh aku kena scam ke ni ingatkan Janna Nick”

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber : HCL