Ibu Tangmo Nida Dal4ng Utama! Mengaku Hantar ‘Handphone’ Dekat Bang Jack, Terpedaya Konon Boleh Cari Bukti Pembunvhan – Lubuk Viral

Status Facebook pelakon Thailand, Tangmo Nida menjadi sebutan ramai dan rata-rata pengikut setia kes menyayat hati ini tertanya siapa ‘dal4ng’ di sebalik akaun itu.

Nama ibu Tangmo, Panida Siriyudthayothin sekali lagi mencvri tumpuan warganet di media sosial. Panida tampil membuat pengakuan dengan mended4hkan dia telah menghantar telefon bimbit Tangmo kepada individu di Amerika Syarikat yang dikenali Bang Jack.

Bercakap kepada peguam, Decha Kittiwittayanan, Panida menyatakan tindakannya itu sekadar untuk mendapatkan jawapan sama ada anak perempuannya itu dibunvh atau tidak.

Perkara ini disahkan oleh ibu Tangmo yang telefon bimbit itu sekarang berada di tangan Bang Jack. Panida menghantar ke Amerika Syarikat menerusi pos dan semua itu dilakukan sendiri tanpa bantuan sesiapa. Kos penghantaran yang dibayar Panida adalah 2,500 baht.

Bang Jack kerap menghubungi Panida dan hubungan mereka menjadi rapat. Panida mempercayai Bang Jack yang mengatakan telefon bimbit itu mempunyai bahan bukti yang merujuk kepada kes pembunvhan.

Kata Peguam Decha, sesi penghantaran itu dilakukan selepas pihak polis di Balai Polis Nonthaburi menyerahkan semula telefon bimbit Tangmo.

Panida ada menghubungi Apple Thailand untuk mendapatkan semula koleksi foto yang ada dalam telefon bimbit itu tetapi gagal. Bang Jack berjaya meyakinkan Panida yang dia boleh mendapatkan bukti menunjukkan kes itu adalah pembunvhan.

Dalam telefon bimbit itu mempunyai lebih 1 juta gambar namun tiada bukti yang boleh membuktikan itu kes pembunvhan.

Dalam pada itu, ditanya sama ada akan menfailkan sam4n terhadap Bang Jack, Peguam Decha memberitahu Panida memohon tempoh dua hari untuk berfikir dan akan mengadakan sidang media dalam masa terdekat.

Pada 24 Februari lalu, Tangmo dilaporkan lem4s selepas terjatuh dari bot laju yang dinaikinya bersama lima orang lain di Sungai Chao Phraya di wilayah Nonthaburi.

Polis menamatkan siasatan mereka dan mendakw4 rakannya memandu bot laju itu secara melulu menyebabkan kem4tiannya tetapi beberapa aktivis mendakw4 dia dibunvh.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: Oh Bulan