Terkejut Nabil, Elly Mazlein! Ustaz Kazim Tiba2 Buang ‘Makeup’ di Meletop- Lubuk Viral

Umum diketahui, sejak akhir-akhir ini pendakwah terkenal Datuk Mohd Kazim Elias mendapat perhatian ramai di media sosial selepas berkongsikan penyakit mist3ri yang dihadapinya.

Malah perkongsian Ustaz Kazim Elias itu menerima pelbagai komen positif mahupun sebaliknya namun secara eksklusif terbaharu di rancangan Meletop, Ustaz Kazim Elias hadir menceritakan keadaannya kepada umum.

Ustaz Kazim Elias dalam temubual dirinya bersama pengacara Meletop, Nabil Ahmad dan Elly Mazlein menafikan ia satu marketing atau sekadar pr0pa untuk filem malah penyakit mist3ri dihadapinya juga difahamkan sejak tahun 1997 sehingga sekarang.

Walau bagaimanapun, meskipun keadaan kesihatannya sedemikian namun ia tidak menjadi penghalang buat Ustaz Kazim Elias berdakwah dan dia tetap ingin meneruskannya, kongsi pendakwah ini lagi di Meletop.

Ustaz Kazim Elias juga sanggup membuang makeup di wajahnya demi menunjukkan keadaan sebenar dialaminya malah ia turut mengejutkan buat Nabil Ahmad dan Elly Mazlein yang dapat melihatnya dengan lebih dekat.

Ujar Ustaz Kazim Elias di rancangan tersebut, juga dia perlu bangun dan sekurang-kurangnya ketika dia bekerja, dirinya dapat melupakan penyakit mist3ri dihadapinya. Namun dalam pada masa sama, Ustaz Kazim Elias turut berkongsi keadaan sebenar dirinya di bahagian wajah dan kedua kakinya.

S1hir: Individu mohon maaf dengan Ustaz Kazim

Penceramah bebas, Datuk Kazim Elias berkata, seorang individu pernah datang dan memohon maaf kepadanya ketika beliau menghidap penyakit mist3ri dipercayai disih1r.

Kazim atau lebih dikenali Ustaz Kazim berkata, individu itu mengaku menjadi orang suruhan kepada pihak yang menyih1rnya sehingga beliau menghidap masalah kesihatan dan malu berhadapan dengan orang ramai.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak bertanya kepada individu yang memohon maaf tersebut mengenai siapa melakukan perbuatan syir1k itu terhadapnya.

“Semasa saya sakit, ada orang datang jumpa saya minta maaf dan dia kata dia hanya disuruh buat benda-benda itu, saya maafkan dia.

“Tetapi saya tidak tanya kepada dia siapa yang suruh dia buat benda itu kerana saya tidak mahu apabila saya jumpa orang itu, saya nak marah kepadanya,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Beliau ditemui selepas program Forum Perdana Hal Ehwal Islam di Dewan Jubli Kuala Kangsar di sini semalam.

Berkenan berangkat ke majlis berkenaan ialah Sultan Perak, Sultan Muizzuddin Nazrin Shah diiringi Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Yang hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Suaidi Abdul Rahim.

SULTAN Nazrin Muizzuddin Shah berbual dengan Kazim Elias pada Forum Perdana Hal Ehwal Islam di Dewan Jubli di Kuala Kangsar, Perak. – UTUSAN/MOHAMAD HAFIZI MOHD. SAID

Kazim berkata, selain individu yang tampil memohon maaf secara peribadi kepada beliau, terdapat juga beberapa pengamal perubatan alternatif yang memberitahu siapa yang menyih1rnya.

Namun,beliau tidak mempedulikan perkara berkenaan kerana tidak mahu membuat sebarang tudvhan dan lebih mementingkan kesembuhan penyakitnya.

“Saya tidak akan tudvh orang ini buat, orang itu buat sebab berd0sa dan saya lebih mementingkan kesembuhan saya dengan izin Allah,” katanya.

Menurut beliau, penyakit yang dihadapinya itu menjadikan dirinya m4lu bertemu dengan orang ramai dan mengalami tek4nan.

Katanya, beliau terpaksa hidup dalam kepura-puraan apabila wajahnya terpaksa di tatarias untuk menutup kesan disih1r.

“Saya rasa apa mereka buat ini menjadikan saya tidak boleh berdepan dengan khalayak dan saya tidak mahu perkara itu berlaku.

“Saya kena lawan dan kena sihat sebab kerja-kerja dakwah masih panjang, masih ramai perlukan dakwah. Saya mohon doa semua rakyat Malaysia agar saya diberikan kesembuhan,” katanya.

KERATAN laporan akhbar Utusan Malaysia semalam.

Terdahulu, Kazim dalam dua hantaran berasingan dalam media sosial miliknya memohon bantuan orang ramai yang boleh mengubati penyakit dialaminya.

Hantaran berkenaan menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang mendoakan kesembuhan beliau selain ada yang menawar diri untuk membantu.

Ketika siaran langsung di Facebook kelmarin, Ustaz Kazim berkata, beliau akan mencari individu di Thailand yang dipercayai mengenakan s1hir kepada beliau seperti didakwa sesetengah pihak sebelum ini. – UTUSAN

kredit: HCL, utusan

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: http://trendingsangat.pw/