[VIDEO] “Rindu seorang ibu” Seb4k Melihat Reaksi Ibu Selepas 2 Tahun Tidak Bertemu Dengan Anaknya

Sejak akhir-akhir ini, banyak video yang berlegar-legar di media sosial menunjukan pertemuan anak-anak yang telah terpisah lama dengan ibu bapa.

Salah satu video yang mendapat perhatian ramai adalah perkongsian daripada pengguna TikTok dikenali sebagai @melorchantique apabila memuat naik video beliau ke sekolah untuk bertemu dengan anaknya yang sudah dua tahun tidak bersua muka.

Video : 

@melorchantiqueRindu seorang ibu. Pertemuan selepas 2 tahun.♬ Bintang Terindah – Reinhard Morgan

Kerinduan yang tak terhingga

Menerusi video tersebut kelihatan ibunya mengalirkan air mata saat dapat bersua muka dengan anaknya. Difahamkan beliau sudah tidak berjumpa dengan anaknya itu hampir 2 tahun.

Kegigihan beliau untuk berjumpa dengan anaknya turut dipuji ramai kerana sanggup ke sekolah anaknya demi untuk berjumpa. Turut kelihatan menerusi video tersebut, anaknya kelihatan gembira kerana dapat berjumpa ibunya.


Suasana menyedihkan itu telah mendapat perhatian warganet apabila video tersebut telah ditonton lebih daripada 400 ribu viewers dan juga mendapat 17 ribu tanda suka.

Rata-rata warganet juga mengakui seb4k melihat situasi berkenaan dan memahami perasaan ibu tersebut itu yang lama menahan rindu untuk bertemu anaknya yang hampir dua tahun tidak dapat bersua.

Komen : 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: Tiktok melorchantique

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*