Ramai ‘mention’ Mamat lepas Wan Sharmila rakam video trend, “Bagus, xgelek2” – Onews Live – Lubuk Viral

Kini banyak cabaran yang menjadi trend untuk membuatkan video-video yang dikongsi kepada umum lebih menarik. Cabaran menggunakan lagu latar, Marry Me juga antara yang mendapat sambutan hangat tidak kira daripada selebriti mahupun netizen.

Cabaran Marry Me tersebut bermula apabila seseorang itu disarung cincin oleh individu yang dikenali mereka lalu menari disamping bagi menunjukkan kegembiraannya sambil menutup muka.

Walau bagaimanapun, Wan Sharmila iaitu pelakon yang kini hangat menjadi perhatian selepas lakonan menjadinya dalam drama 7 Hari Mencintaiku 3 yang baru sahaja melabuhkan tirai dengan pantas mendapat perhatian ribuan netizen apabila dia menyahut cabaran trend tersebut.

Wan sharmila

Video Wan Sharmila yang bermula daripada dirinya disarungkan cincin lalu menutup muka disamping beberapa individu yang berbeza dan hanya mengerakkan tangannya sahaja membuatkan ramai tercuit hati apabila dia tampil dengan gaya tersendiri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wan Sharmila ® (@lala.wansharmila)

Sehingga menyebabkan ramai berseloroh dengan ‘mention‘ nama akaun popular, MamatGotNoChill atau mamat apabila Wan Sharmila dilihat mengubah trend tersebut.

@wansharmilalala ? #wansharmila #foryou ♬ Marry Me (feat. Toya Wright) – Rasheeda

Ruangan komen video Wan Sharmila itu ternyata turut dipenuhi dengan reaksi netizen yang memuji style baru dalam melakukan cabaran trend tersebut yang dilakukan oleh pelakon terkenal dalam memegang watak Sofi itu.

“Comelnya, bagus tak gelek gelek…”

IMG_20220525_084745

Wan sharmila

“Ni kalau Mamatgotnochill nampak ni…”

Wan sharmila

“Style baru, kira betul la tu orang fokus kat tangan dia je…”

IMG_20220525_083305

“Bagus dia, tak nak bergelek…”

IMG_20220525_083320

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber:hcl