Kongsi Gambar Dengan G4dis, Azri Iskandar Dah Ada Pengganti? – Lubuk Viral

Belum pun sebulan bercer4i tal4k satu dengan aktres Ellie Suriaty, pelakon Azri Iskandar dikatakan sudah bertemu pengganti hidup baharu.

Isu itu mulai timbul apabila aktor berkenaan bertindak berkongsi gambarnya dengan seorang gadis di FB Story.

Memetik laporan Getaran, Azri dengan tegas menafikan dakwaan berkenaan dan menjelaskan bahawa gadis tersebut merupakan rakan pelakon yang sama-sama menjayakan telefilem berjudul Suri Rumah Terfeeling.

“Dia bukan kekasih saya, tetapi pelakon baharu yang jadi anak saya dalam telefilem Suri Rumah Terfeeling. Nama dia Nur Atiqah dan kami ambil gambar tersebut untuk dijadikan ‘prop’ dalam telefilem berkenaan.

“Tolonglah jangan ada yang anggap bukan-bukan. k3$ian dia. Dia masih muda, umurnya hampir sebaya dengan anak saya. Nanti tidak pasal-pasal dia jadi m4ngsa t0hmahan,” katanya kepada Getaran.

Azri turut mengambil k3$empatan itu untuk memohon agar netizen berhenti daripada terus-menerus melemparkan kata-kata neg4tif kepada bekas isterinya berkenaan percerai4n mereka baru-baru ini.

“Tolonglah jangan kecam dia. Dia tak salah. Takdir kami tidak lagi sehaluan dan terpaksa membawa haluan hidup masing-masing.

Sumber FB Azri

“Dia banyak berjasa pada saya dan saya tidak akan sesekali melupakan kebaikannya. Saya terima suratan takdir kami sekarang ini dan biarlah selepas ini kami jadi sahabat pula.

“Dan sebagai seorang sahabat, saya akan terus menghulurkan bantuan yang diperlukan kala susah dan senangnya. Tak kiralah sama ada bantuan tersebut berbentuk wang atau tenaga,” katanya.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber:Cari