“Bangun Tidur Pukul Berapa Pun Ikut Suka” – Aishah Happy Kembali Solo, Tak Terfikir Nak Kahwin Lagi – Lubuk Viral

Penyanyi Datuk Aishah Ariffin mended4hkan yang anak-anaknya mahu bertemu dengan pasangan pilihan beliau terlebih dahulu jika ditakdirkan suatu hari nanti beliau ingin kembali berumah tangga.

Menurut Aishah, hal ini kerana yang anak-anak merupakan penjaganya selepas dia berpisah dengan suami, Syamsul Bahari pada Disember tahun lalu.

“Anak-anak ada beritahu saya. Kalaulah ditakdirkan suatu hari nanti saya bertemu pilihan hati, mereka mahu bertemu dengan lelaki itu.

“Sebab buat masa ini, anak-anak merupakan penjaga saya. Mereka pun dah dewasa dan g4rang pula,” katanya kepada Gempak.

Aishah ditemui pada majlis pelancaran single terbaharunya, Ketentuan Takdir yang berlangsung di Universal Music Malaysia, Petaling Jaya, semalam.

Penyanyi berusia 57 tahun itu menambah, dia tidak kekok untuk hidup bersendirian dan gembira dengan rutin baharunya selepas kembali solo.

“Jujurnya, saya ok sahaja. Kalau ikutkan memang tak banyak berubah pun. Memanglah si dia tiada di sisi, tetapi rutin masih sama. Saya ada rumah, ada anak-anak… Kalau bosan saya buat art saya.

“Memang dari dahulu lagi saya memang suka berdikari. Kalau ada persembahan yang memerlukan saya memandu, saya akan pandu kereta sendiri. Selain anak-anak menjadi sumber kekuatan, saya juga menjaga baik hubungan dengan Allah SWT,” katanya lagi.

Diajukan soalan adakah dia bersedia untuk kembali bergelar isteri, Aishah berkata, dia tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan.

“Malas sebenarnya nak bercakap soal cinta sebab saya tiada masalah untuk hidup sebegini. Sekarang saya happy. Nak makan apa saya makan sahaja. Nak bangun tidur pukul berapa pun ikut suka saya, nak tidur seharian pun tak mengapa.

“Namun, tak tahulah nanti tiba-tiba ada pula yang datang menj3ntik hati. Tapi buat masa ini memang tiada sebarang perancangan untuk ke arah itu (berkahwin),” tutup Aishah.

Untuk rekod, menerusi perkahwinan pertama, Aishah dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Armand Azhari, 28, dan Azhad Ahlami, 23, hasil perkahwinan kedua.

Komen netizen:

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: Gempak