Genap seminggu perpisahan, ini kata2 Ellie soal rujuk semula- Lubuk Viral

Kuala Lumpur: “Allah saja tahu”.

Demikian kata pelakon dan pengarah Ellie Suriaty Omar, 52, ketika diminta mengulas mengenai kenyataan bekas suaminya yang juga pelakon, Azri Iskandar, 54, yang tidak menolak sekiranya mereka rujuk semula.

Ellie berkata, sebagai hamba Allah dia tidak tahu apa yang bakal berlaku pada masa akan datang.

“Kita tak tahu apa berlaku pada masa akan datang. Saya faham apa dia luahkan itu sebab kami sudah bersama dalam tempoh lama. Kadang-kadang perpisahan perlu untuk perbaiki diri,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Ellie, dia mengambil peluang sepanjang tempoh edah ini untuk merehatkan diri, fikiran dan bermuhasabah.

“Esok genap seminggu perpisahan kami. Diakui pada awalnya susah sikit mungkin sebab usia perkahwinan kami yang lama hingga 19 tahun. Tapi, ini masa untuk saya rehatkan diri, fikiran dan muhasabah diri. Begitu juga dengan dia. Harapnya kami boleh menjadi hamba Allah yang lebih baik pada masa akan datang.

“Ini sebab kita tak tahu apa berlaku pada masa akan datang. Saya tak nak ri4k, tapi bersederhana saja. Apa yang Allah berikan ini saya perlu lalui sebagai perjalanan untuk pengalaman,” katanya.

Ditanya sejauh mana kesudiannya bekerjasama dengan bekas suaminya, Ellie bersikap terbuka.

“Saya boleh bekerjasama dengan dia. Sama ada dalam lakonan atau saya arahkan dia. Ia bukan isu sebab saya kagum dengan bakat dia. Bagi saya dia sangat berbeza dengan pelakon lain dan anggap dia pelakon ‘mahal’ berdasarkan bakat dimiliki.

“Kehadiran dia di skrin sangat hebat. Dalam industri keratif, kita hargai bakat orang lain. Jadi, soal nak bekerjasama selepas ini saya okay dan tidak ada isu kerja dengan dia,” katanya.

Terdahulu, Ellie dan Azri disahkan bercer4i tal4k satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini, pada 17 Mei lalu.

Hasil perkahwinan selama 19 tahun, pasangan itu dikurniakan dua anak, Azrell Omar, 17, dan Nur Azreen, 13. Sementara dua lagi Ellie mengalami kegvguran.

Sebelumnya, Azri menerusi perkahwinan terdahulu mempunyai tiga anak iaitu Muhammad Afiq Iskandar, 31, Farah Qistana, 29, Nur Anis Mastura, 27.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: http://limauasamboi.pw/