Hairul Azreen Kena ‘Bahan’ Gara2 Dua Watak Berbeza, “Jauh Tersasau” – Lubuk Viral

Sebut sahaja nama Hairul Azreen pastinya ramai yang kenal dengan pelakon aksi popular di Malaysia ini. Dari filem Paskal, Wira, Polis Evo dan banyak lagi, nama Hairul Azreen terus dikenali ramai.

Terbaharu filem lakonannya berjudul The Assistant baru sahaja mula ditayangkan di pawagam bermula 18 Mei yang lalu. Satu lagi filem hasil arahan Adrian Teh. Untuk info, Adrian Teh adalah pengarah yang sama menerbitkan Paskal.

Bagaimanapun, baru-baru ini satu rakaman yang memaparkan Hairul Azreen kena ‘bah4n’ gara-gara dua watak berbeza dalam filem berlainan telah mencuri perhatian ramai. Dalam rakaman itu Hairul Azreen ditertawakan oleh Adrian Teh selepas membezakan karakter dari dua filem berlainan.

Berikut adalah perkongsian rakaman tersebut yang dimuat naik menerusi akaun TikTok Hairul Azreen sendiri ini:

@hairul_azreen88Film The Assistant Behind the scene♬ original sound – Hairul Azreen

Dari filem Paskal, Hairul Azreen nampak sangat cekap mengendalikan senjata api. Tapi dalam filem The Assistant ini lain pula yang jadi! Apa-apa pun perkongsian rakaman Hairul Azreen kena bahan ini telah undang tawa warganet.

Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian ini:

“Wuish ni kalau masuk scene mesti kelakar duh bang”

“Bang tiap kali abang ketawa dalam The Assistant ni orang dalam pawagam semua ikut ketawa macam abang”

“Hahaha reload sama”

“Tu la gelak  lagi, lain kali serious, jangan main-main”

“Kalau member saya tu, sampai dah tujuh keturunan pun dia akan ingat”

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen)

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: HCL