Sudah Rezeki Bersuami Muda, Ini Respon Jasmin Hamid Bila Ada Yang Kata Macam Ibu Dan Anak

ENAM bulan mendirikan rumah tangga, pelakon Jasmin Hamid meluahkan rasa tersinggung apabila terdapat segelintir netizen yang masih melemparkan kata-kata hin4an terhadap dirinya dan suami, Nazmir Abd Rahim.

Jasmin atau nama sebenarnya Jasmiah Abdul Hamid, 48, mengakui kata-kata yang menyamakan dia dan suami seperti ibu dan anak sedikit sebanyak melvkakan hatinya.

“Tolonglah jaga adab, ini suami bukan anak saya! Rezeki saya bersuamikan lelaki muda.

Yang lebih dahsyat orang kata saya lupa diri dah tua tapi taste pada orang muda, kata-kata itu menyinggung perasaan saya dan suami

“Saya terkilan ada beberapa komen netizen yang kata kami macam ibu dan anak sehingga ada yang kata tidak sesuai kerana nampak muda sangat.

“Ada juga yang ingat suami saya mata dvitan yang hanya mahukan duit saya.

“Yang lebih dahsyat orang kata saya lupa diri dah tua tapi taste pada orang muda, kata-kata itu menyinggvng perasaan saya dan suami,” katanya ketika dihubungi oleh mStar.

Untuk rekod, Jasmin berkahwin dengan pengurusnya Nazmir Abd Rahman, 36, pada November lalu.

Jasmin gembira dapat menyambut raya bersama keluarga tercinta.Jasmin gembira dapat menyambut raya bersama keluarga tercinta.

Pelakon drama 7 Hari Mencintaiku 3 ini berkata, komen neg4tif sedemikian hanya merosakkan emosi dan jika ia berlarutan pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.

“Perkara ini tidak boleh didiamkan dan jika saya lihat mereka masih lagi komen seperti itu, saya akan ambil tindakan yang sepatutnya,” ujarnya.

Dalam pada itu, Jasmin turut mendoakan orang lain yang belum bertemu jodoh agar dipermudahkan urusan dan segera bertemu temu teman hidup.

Dia juga menasihatkan wanita lain yang mengalami nasib yang sama agar mempertahankan hak mereka untuk bahagia.

“Semoga Allah kirim jodoh yang baik-baik buat sesiapa yang masih belum bertemu jodoh.

“Saya juga menasihatkan wanita senasib dengan saya agar mempertahankan hak anda sebagai seorang isteri.

“Percaya dengan rezeki Allah dan kuatkan semangat kerana semua orang berhak untuk bahagia,” ujarnya.

Biodata Jasmin Hamid

Siapakah Jasmin Hamid, Tarikh Lahir Jasmin Hamid, Berapa Umur Jasmin Hamid, Adik Beradik Jasmin Hamid dan Gambar Terkini Jasmin Hamid.

Jasmiah Abdul Hamid (lahir 15 September 1974) atau lebih dikenali sebagai Jasmin Hamid merupakan pelakon dan pelawak wanita Malaysia.

Beliau mencipta nama pada era 1990an dan kini bergelar antara pelakon hebat yang masih aktif berlakon dalam banyak drama-drama komedi di negara ini.

Selain popular dengan watak-watak komedi, beliau juga diakui hebat membawa watak-watak dramatik hingga beberapa kali dicalonkan untuk anugerah Aktres TV Terbaik.

kredit: mstar

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: http://trendingsangat.pw/