Kena cer4i tal4k tiga, Ini kata2 Vivy Jeffry Selepas ‘Dilepask4n’ Amar- Lubuk Viral

Hampir tiga tahun dibiarkan ‘gantung tak bertali’, isteri kedua kepada pelakon, Amar Asyraf iaitu Vivy Jeffry lega apabila pengesahan lafaz cer4i tal4k tiga di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, di sini, hari ini menemui titik noktah.

Vivy berkata, dia bersyukur apabila pelakon itu akhirnya menyelesaikan k0nflik rumah tangga mereka dengan baik dan harmoni.

“Sejak dicer4ikan dengan tal4k tiga pada 4 November 2019, proses pengesahan di mahkamah tidak dapat diselesaikan dengan cepat kerana terdapat dokumen yang tidak lengkap selain banyak perkara yang berlaku daripada pihak Amar membuatkan mahkamah tidak memberikan keputusan rasmi berhubung percer4ian kami.

“Hari-hari saya lalui dengan penuh doa agar proses pengesahan lafaz cer4i ini dapat diselesaikan dengan segera kerana saya mahu meneruskan kehidupan tanpa sebarang masalah. Saya sudah terlalu penat untuk menghadapi kehidupan yang tertangguh.

“Saya mahu hidup dengan tenang dan enggan menoleh segala hal yang berlaku antara saya dan Amar sebelum ini. Semuanya sudah berakhir hari ini.

Saya lega apabila pengesahan lafaz cer4i t4lak tiga sudah selesai dengan baik walaupun terpaksa menunggu dalam tempoh yang panjang,” katanya.

Menurut Vivy, dia tidak bersedih atau kecewa dengan apa yang berlaku, sebaliknya fokus utamanya kini adalah untuk membesarkan anak lelaki mereka, Mikhail dengan sebaik mungkin.

“Sebelum ini, Amar ada beritahu dia akan membincangkan mengenai anak pula selepas kes ini selesai tapi saya anggap itu cuma untuk menyedapkan hati saja.

“Saya berharap dia dapat berfikir apa yang baik untuk kehidupan kerana hidup kita tak lama lambat laun kita akan pergi selamanya.

“Insya-Allah sebagai ibu saya sentiasa memberikan kasih sayang kepada Mikhail. Dia sudah bersama saya sejak isu ini berlaku dan dialah tempat saya berkongsi rasa dan cinta,” katanya.

Tahun 2020 sangat burvk, Amar Asyraf menyesal sakitkan hati ramai orang

Pelakon Amar Asyraf menyalahkan dirinya atas beberapa perkara yang berlaku dalam hidup selama ini.

Menerusi status panjang lebar yang ditulis dalam Instagramnya, pelakon berusia 34 tahun itu mengakui hidup tertekan dengan pelbagai perkara yang berlaku, khususnya sepanjang tahun 2020.

“Tahun 2020 adalah tahun yang sangat buruk. Saya rasa kehilangan, marah, geram. Rasanya seperti saya sedang melawan dunia seorang diri.

“Duit tidak cukup, kes mahkamah syariah, nama kena tolak dengan stesen televisyen, boros sebab tekanan dan macam-macam perkara lagi. Semuanya salah diri sendiri,” ujarnya.

Amar berkata, dia juga telah meny4kiti keluarga, rakan dan orang di sekelilingnya dengan sikap dan tingkah laku yang tidak baik.

LUAHAN kekesalan hati pelakon Amar Asyraf tentang kesalahan dan keburukan yang telah dilakukan sepanjang tahun 2020.

“Saya geram dengan kegagalan sendiri tapi tidak buat apa-apa dan tidak mampun buat apa-apa untuk saya ubah kehidupan sendiri. Bukan salah siapa tapi salah diri sendiri.

Dalam perkongsian tersebut, Amar turut mendedahkan telah menyakiti individu sekelilingnya termasuk keluarga iaitu ibu dan bapa serta dua orang anaknya, Taufiq dan Dian.

“Saya menyakiti mereka dengan tingkah laku saya yang tidak bagus. Saya menyerah untuk menjadi lelaki yang baik bertahun-tahun lalu.

“Saya tidak menjaga kesihatan dengan merokok begitu banyak. Saya membiarkan ego saya menang. Saya malah mempersoalkan Allah. Kenapa saya?,” ujarnya penuh kesal.

Pelakon yang pernah membintangi drama Cikgu Papa Kirim Salam itu juga menyifatkan kehidupannya dunia selama ini sangat buruk dan berasa tidak adil kerana membiarkan dirinya dikelilingi oleh unsur negatif.

“Saya mempunyai beberapa peluang untuk berjaya dalam hidup tetapi saya telah merosakkan diri sendiri,” katanya yang merasakan sudah sampai masanya untuk dia berubah, mencari dan mengenal diri sendiri.

AMAR berjanji mahu membaiki diri menjadi lelaki yang lebih baik pada masa akan datang.

Dalam perkongsian itu juga, Amar turut memohon maaf kerana telah banyak mengecewakan orang dan menyesal atas kesilapan yang telah dilakukan.

“Saya mahu ubah hidup. Mahu jadi lebih positif. Sudah tiba masanya untuk saya mencari diri dan mengenal diri sendiri.

“Hanya saya yang mampu ubah hidup bukan orang lain. Saya nak anak-anak ada masa depan yang lebih baik. Untuk Taufiq dan Dian,” katanya

Terdahulu, Amar yang telah memiliki dua orang isteri, Arna Salleh dan Vivy Jeffry telah mencetuskan k0ntroversi selepas ingin berkahwin untuk kali ketiga bersama seorang wanita bernama Ellika Azman.

Namun wanita tersebut membatalkan hasratnya untuk berkahwin dengan Amar selepas mengetahui bahawa pelakon tersebut telah pun beristeri dua.

Amar sekali lagi mencetuskan kontr0versi selepas mencer4ikan isteri keduanya, Vivy yang juga merupakan seorang penerbit di sebuah stesen televisyen dengan t4lak tiga pada 4 November 2019.

Pelakon itu mendirikan rumah tangga dengan isteri pertamanya, Arna pada 7 Jun 2013 dan dikurniakan dua orang cahaya mata sebelum mengahwini Vivy sejak beberapa tahun lalu.

Sumber : HMETRO ONLINE

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: http://trendingsangat.pw/