Atuk Ikhlas Nikahi Gadis Jelita 18 Tahun, Hantaran Cecah Ratusan Ribu Siap Taja Keluarga Mentua Pergi Umrah – Lubuk Viral

Perbezaan usia bukanlah halangan untuk mendirikan rumah tangga. Bahkan, ada yang selesa berkahwin dengan pasangan lebih tua kerana dianggap matang dan berkemampuan dari segi kewangan. Seperti kisah di bawah, siapa sangka jodoh bertaut antara 2 insan yang mempunyai jarak umur sejauh 47 tahun.

Selamat menempuh hidup baru…Haji Sondani berusia 65 tahun dengan Via yang berumur 18 tahun. Baru-baru ini, tular gambar-gambar kemeriahan majlis perkahwinan antara duda 65 tahun dengan seorang gadis remaja.

Mereka berdua dilihat bahagia bersama sambil mempamerkan buku nikah sejurus upacara dijalankan. Rakaman detik indah hari pernikahan dan foto mesra pasangan berkenaan bersama sanak saudara turut dikongsikan oleh tetamu yang hadir.

Upacara hantar pengantin, dengan 1000 motosikal pengiring & poIis. Selain itu dalam sebuah rakaman berasingan, Haji Sondani dan keluarga dilihat menaiki bas yang diiringi oleh limo orang pengiring ke rumah mempelai wanita.

Di sebalik majlis perkahwinan besar-besaran itu, ternyata saudagar tanah berkenaan ikhlas memberikan sejumlah wang hantaran bernilai RM1.5o,000 di samping sebuah rumah dan kereta. Malahan, orang kaya itu juga sanggup menghantar ke semua ahli keluarga pengantin wanita pergi Umrah.

Dijodohkan supaya hidup lebih terjamin… dia rela berkorban demi keluarga. Menurut kenalan terdekat, pasangan berkenaan dijodohkan setelah kedua-duanya kehilangan orang tersayang.

Via terpaksa berkorban demi keluarga atas faktor kemiskinan selain bapa seorang penghidap strok. Maka, anak bongsu tersebut rela menikahi duda itu supaya hidup keluarga lain lebih terjamin.

Sumber : viralnewsupdates

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: https://viralbollywoodnews.com/