“Alhamdulillah Dapat Mertua Baik” – Netizen Sebak Dengar Nasihat Datuk Yusof Haslam – Lubuk Viral

Baru-baru ini, menantu kepada Datuk Yusof Haslam iaitu Aeisah Zainal memuat naik video ketika sesi bersalam-salaman hari raya bersama mertuanya.

Untuk pengetahuan, Aeisah Zainal merupakan isteri kepada Syafiq Yusof.

Menerusi video itu, kelihatan Aeisah dan Syafiq sedang bersalaman memohon kemaafan bersama Datuk Yusof Haslam dan isteri. Namun, yang menarik perhatian netizen adalah betapa akrabnya hubungan Datuk Yusuf bersama menantu perempuannya itu.

Alhamdulillah rezeki Aeisah dapat mertua yang sangat penyayang!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ?? ?? (@aeisahzainal)

Ketika Aeisah bersalaman, Datuk Yusuf berkata bahawa beliau telah menganggap Aeisah seperti anak kandungnya sendiri. Suasana ketika sesi bersalaman itu juga menjadi sebak apabila melihat bapa dan menantunya ini saling bermaafan. Jelas terpancar kasih sayang di situ.

Menurut Aeisah, sepanjang lapan tahun menyambut raya bersama keluarga mertua tidak pernah sekalipun dia menitiskan air mata. Namun pada tahun ini, Aeisah menjadi sebak kerana merindui arwah ibu dan ayahnya.

Meninjau ke ruangan kapsyen, begitu ramai netizen yang  yang terharu menonton video ini. Jelas kelihatan Datuk Yusof sangat menyayangi menantunya.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: CARI