Berjiran dengan Awal Ashaari, Lufya beritahu apa yg buat dia kesal- Lubuk Viral

SUSULAN kes pengacara Awal Ashaari didakwa melakukan perbuatan khi4nat meros4kkan pagar sebuah perumahan, jirannya yang juga pelakon Lufya Omar mended4hkan turut mengalami pengalaman burvk.

Lufya, 37, berkata, cara pihak berkenaan menjaga keselamatan keterlaluan sehingga menyukarkan aktiviti penduduk di kawasan perumahan itu.

Malah, pemilik nama Lutfyah Sheikh Omar ini juga mend4kwa seorang pekerja di pengurusan itu juga tidak boleh bertolak ansur sehingga sering menimbulkan salah faham.

“Saya pun pernah alami benda yang lebih kurang sama. Saya pernah dihalang masuk sebab lambat bayar yuran selenggara. Saya bukan sengaja lambat bayar, tapi ada masalah management itu.

Lufya berkongsi perkara itu di Instastory.

“Malah, orang nak hantar blender pun, saya nak kena beritahu pengurusan… semua benda nak kena minta izin pengurusan. Mungkin dia nak menjaga keselamatan tapi keterlaluan pula. Buat macam kami ini semua tahanan di pulau.

“Bagi saya, ni bukan masalah pihak pengurusan tapi pekerja wanita itu yang kurang ajar! Ramai penduduk di kawasan perumahan ini memang tak puas hati dengan dia. Bagi saya, dia memang biadab!

“Jiran belakang rumah saya pun marah dengan pekerja wanita itu yang masuk ke rumahnya yang sedang diubah suai tanpa izin,” katanya kepada mStar.

Pada pagi Selasa, Awal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Selangor atas pertuduhan melakukan khianat merosakkan palang pagar milik pengurusan sebuah perumahan di Damansara bulan lalu.

Awal kemudian menerusi video siaran langsung di Instagram memberitahu ins1den itu berlaku disebabkan salah faham antara dia selaku pemilik rumah dan pihak pengurusan perumahan berkenaan.

Awal seorang yang budiman dan bukan jenis nak cari fasal dengan orang lain.

Menjelaskan lanjut tentang insid3n berkenaan, Awal mengakui dia bertindak mengalih palang ‘gate’ menggunakan tangannya gara-gara permintaan untuk masuk ke rumah tidak diendahkan pengawal dan pihak pengurusan.

Manakala Lufya menerusi status di Instastory mended4hkan dia juga berdepan dengan masalah dengan pihak pengurusan yang dianggap paling tervk.

Menerusi perkongsian itu, Lufya berkata pihak pengurusan tidak mempunyai hak untuk menghalang pemilik kediaman biarpun mempunyai bayaran yuran tertunggak.

Mengenali Awal sebagai jiran sebelah rumah, Lufya memuji sikap suami kepada aktres Scha Al Yahya itu seorang yang budiman dan tidak pernah menganggu orang lain.

“Saya berjiran dengan Awal… rumah saya bersebelahan dengan rumah dia. Kawasan kejiranan kami memang sangat bagus.

Awal turut tampil memberi penjelasan di Instagram miliknya.

“Awal seorang yang budiman dan bukan jenis nak cari fasal dengan orang lain. Netizen salah faham ingat dia langgar palang pagar dengan kereta.

“Tapi sebenarnya dia sekadar naikkan palang guna tangan sebab nak masuk rumah ambil barang. Memang la dia tak bayar yuran pengurusan tapi kenapa nak halang dia masuk rumah sendiri?

“Sepatutnya kalau dia tak bayar, hantar la surat amaran dahulu. Lagipun, bukannya Awal menyewa di situ tapi memang rumah dia,” ujarnya.

Mengikut pertuduhan, Awal didakwa melakukan khianat dengan merosakkan palang pagar milik pengurusan Challis Damansara dengan kerugian sebanyak RM600 di pondok pengawal perumahan itu di Jalan PJU 3/30 pukul 11.30 pagi pada 16 April lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseks4an yang membawa hukuman penj4ra tidak kurang setahun dan maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalah4n.

kredit:mstar

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: http://trendingsangat.pw/