“Dah macam Pak Maun kau dik,” – [VIDEO] Gelagat kanak-kanak menari buat ramai terhibur – Lubuk Viral

Tidak dinafikan kadang-kadang telatah kanak-kanak boleh membuatkan kita ketawa bila melayan karenah mereka. Sesekali bila melayan telatah mereka, kita akan merasa lega dan terasa tekanan akan hilang bila berdepan dengan kanak-kanak yang comel dan petah bercakap.

Kadangkala, kanak-kanak yang berusia 6 tahun ke atas pun masih belum petah berbicara tetapi jika kanak-kanak tersebut cerdik dan selalu bersembang dengan ibu bapa mereka, maka kanak-kanak itu akan cepat petah berbicara dengan baik tanpa kesalahan sebutan.

Terbaru menerusi laman Tiktok zaijumali78, tular satu video yang memaparkan seorang kanak-kanak lelaki yang menari dengan seorang kanak-kanak perempuan.

Apa yang mencvri perhatian ialah cara tarian kanak-kanak tersebut yang menyerupai watak Pak Maun yang dilakonkan oleh Allahyarham Datuk Mahmud June menerusi filem Do Re Mi arahan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.

Video:

@zaijumali78ehhh waaaa.♬ original sound – Loder crane Merah JB

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 1.9 juta tontonan, 151.7k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata terhibur dengan gelagat kanak-kanak tersebut.

Komen netizen:

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: tiktok zaijumali78