Azri Iskandar Beritahu Apa Yang Berlaku Selepas Cer4i Ellie T4lak 1 – Lubuk Viral

Pengarah dan pelakon Ellie Suriaty Omar mengesahkan sudah bercer4i dengan suaminya, Azri Iskandar pada jam 9.34 pagi semalam di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

Menurut Ellie, 52, dia dan bekas suami yang mendirikan rumah tangga selama 19 tahun itu akui sebak dan mengalirkan air mata selepas lafaz cer4i berkenaan dibuat.

“Sebenarnya saya yang membuat permohonan cer4i pada 22 April iaitu pada Ramadan lalu. Saya hanya mahu bercer4i dengan cara baik.

“Perasaan tu seb4k sebab bukan mudah untuk kami selepas lama hidup bersama. Ketika pertama kali Azri hendak melafazkannya itu dia juga seb4k dan tidak dapat melafazkannya dengan mudah.

“Pihak mahkamah memintanya untuk bertenang dan menarik nafas. Dia juga mengambil masa untuk melafazkannya,” katanya kepada Gempak.

Ellie dihubungi Gempak selepas berita percer4iannya mula dihidu media.

Pun begitu, Ellie reda dengan apa yang berlaku dan dalam masa yang sama masih menjaga hubungan baiknya dengan Azri demi anak-anak mereka Azrell Omar Azri Iskandar, 18 dan Nur Azreen, 13.

“Apa yang berlaku ini dengan izin Allah. Ia adalah satu perjalanan hidup. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Azri untuk segala saat-saat indah, kenangan manis serta pengalaman hidup yang kami lalui bersama sebagai suami isteri.

“Dia juga seorang bapa yang baik dan cukup menyayangi anak-anaknya. Mungkin sampai sini sahaja jodoh kami. Saya berharap ramai yang akan mendoakan yang terbaik untuk kami,” katanya.

Ellie masih lagi menjalani penggambaran filem Telaga Suriram arahan Osman Ali selepas terlibat sebagai konsultan untuk pementasan Putri Santubong: The Warrior Princess oleh Perkampungan Budaya Sarawak di Kuching, Sarawak pada tahun lalu.

“Ya, Saya Dah Cer4ikan Ellie” – Azri Iskandar

Pelakon Azri Iskandar mengesahkan sudah mencer4ikan isterinya yang juga pelakon, Ellie Suriaty pada Selasa.

Kata Azri, perpisahan itu disebabkan tiada lagi persefahaman antara mereka selepas 19 tahun bersama.

“Ya betul… saya dah cer4kan Ellie dengan t4lak 1 tadi. Kami dah tak sehaluan.. tapi tidak berg4duh pun.

“Kami tetap bersahabat baik seperti saudara kerana Ellie ialah ibu kepada dua orang cahaya mata kami,” katanya kepada Gempak.

Enggan mengeruhkan keadaan, Azri memohon doa agar kehidupan mereka yang kini sudah berasingan diberikan ketenangan.

“Maafkan saya sekarang, saya tak nak komen lagi. Tiada apa yang nak dikatakan lagi cuma doakan kami tenang dan damai sekarang.

“Harap maklum dan mengerti.. saya nak berehat…nanti sampai waktu yang sesuai saya akan bercerita,” tambahnya.

Media melaporkan pasangan itu sah bercer4i di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur (Keramat), Kuala Lumpur, pada Selasa.

Sepanjang perkongsian hidup bersama, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Azrell Omar Azri Iskandar, 18 dan Nur Azreen, 13 serta dua lagi yang telah meningg4l dunia sebelum sempat dilahirkan.

kredit: astro gempak

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: http://trendingsangat.pw/