Mengaku Alih Palang ‘Gate’ Guna Tangan, Ashaari Beritahu Kenapa Dia Dihalang Masuk Rumah – Lubuk Viral

SUSULAN dakw4an melakukan perbuatan khian4t dengan merosakkan palang pagar milik pengurusan sebuah perumahan, pengacara Awal Ashaari tampil menjelaskan salah faham yang timbul berhubung kes berkenaan.

Menurut Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari, 41, insiden itu berlaku disebabkan salah faham antara dia selaku pemilik rumah dan pihak pengurusan perumahan berkenaan.

“Perkataan khian4t itu agak keras tapi itulah akta. Ceritanya tiga bulan sebelum raya saya pindah rumah baru, tapi tak ada la pindah sepenuhnya, masih ada lagi barang lama saya di sana (rumah lama).

“Sebelum raya saya ke sana nak ambil barang tapi kad akses untuk masuk tak boleh guna, saya tanya pengurusan mereka kata ada beberapa bulan saya tak bayar yuran pengurusan. Saya faham mengenai itu dan akan bayar… tapi minta bagi masuk untuk ambil barang dulu.

“Mereka tetap kata tak boleh dan minta selesaikan dulu, sedangkan 14 tahun saya beli dan tinggal di situ tak pernah timbul isu saya tak bayar yuran, cuma terlambat bayar mungkin ada sebab saya sibuk. Cuma apabila dah berpindah rumah baharu ni saya terlupa tapi apa pun itu tetap rumah saya,” katanya.

Awal menjelaskan mengenai perkara itu menerusi siaran langsung di laman Instagram miliknya.

Pada pagi Selasa, Awal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Selangor atas pertudvhan melakukan khian4t mer0sakkan palang pagar milik pengurusan sebuah perumahan di Damansara bulan lalu.

Awal membuat pengakuan tersebut selepas pertudvhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah pada pagi Selasa.

Saya turun dan alihkan palang, masuk ke dalam dan kemudian tutup semula menggunakan tangan saya. Itulah tindakan saya. Saya kesal sebab tiada tolak ansur

Mengikut pertudvhan dia did4kwa melakukan khian4t dengan merosakkan palang pagar milik pengurusan Challis Damansara dengan kerugian sebanyak RM600 di pondok pengawal perumahan itu di Jalan PJU 3/30 pukul 11.30 pagi pada 16 April lalu.

Pertuduh4n dikemukakan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang setahun dan maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika s4bit kesalah4n.

Dalam pada itu menjelaskan lanjut tentang insiden berkenaan, Awal mengakui dia bertindak mengalih palang ‘gate’ menggunakan tangannya gara-gara permintaan untuk masuk ke rumah tidak diendahkan oleh pengawal dan pihak pengurusan.

Awal minta jasa baik pihak pengurusan.

“Tak ada budi bicara atau tolak ansur. Saya kata kalau tak boleh masuk, saya masuk sendiri… saya ambil tindakan alih sedikit pagar menggunakan tangan saya, tak langgar seperti dilaporkan berita.

“Saya turun dan alihkan palang, masuk ke dalam dan kemudian tutup semula menggunakan tangan saya. Itulah tindakan saya. Saya kesal sebab tiada tolak ansur.

“Mungkin kekhilafan saya tak bayar yuran pengurusan tapi saya memang duduk situ, itu membuatkan saya terkilan. Apabila saya dah masuk baru saya tahu mereka buat laporan polis akibat masuk rumah sendiri, macam rasa nak gelak ada, nak menangis pun ada,” ujarnya.

KREDIT: MSTAR

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: http://trendingsangat.pw/