“Amazing father” – [VIDEO] Netizen Puji Ayah Layan Adam Menari ‘Rain Dance’ Untuk Pujuk Masuk Kereta – Lubuk Viral

Min yakin, mesti ramai yang kenal dan juga familar dengan Adam’s Autism Family ni kan?

Keluarga Adam kerap mendapat perhatian netizen kerana penjagaan teliti dan terkawal mereka apabila anak kedua dari empat beradik itu mengalami ‘tantrum’ sehingga menjadi rujukan kepada orang ramai.

Terbaru, satu video telah dikongsikan di TikTok @adamsautismfamily dan juga Instagram memaparkan gelagatnya menari ‘Rain Dance’ kerana tidak mahu menaiki kereta telah menjadi bualan orang ramai.

Video:

@adamsautismfamily Wait daddy… Let’s do this before we go…#adamsautismfamily #autism #autismson #autismacceptance #autismfamily #autismparents #patience #whateverittakes #letsdothis ♬ original sound – Adam’s Autism Family

“Parenting level A+!”

Video tersebut telah mendapat lebih dari 2.2 juta jumlah tontonan setakat ini kerana ayahnya dilihatkan turut melayan aksi Adam dengan menari bersama-sama sebagai cara untuk memujuknya menaiki kereta.

Tindakannya itu telah mendapat pujian orang ramai kerana tidak menggunakan kekasaran untuk memujuk Adam…

“MasyaAllah ayah yg sabar dan hebat” – Komen netizen

“Tak pasal2 melekat lagu ni dalam otak”

Bukan itu je, lagu ‘Rain Dance’ yang dinyanyikan oleh Adam ini juga mencuri perhatian netizen sampaikan ada terngiang-ngiang walaupun telah berhenti memainkan video tersebut.

Disebabkan itu, individu yang dipercayai followers Adams Autism Family di Instagram telah menambah potongan muzik ‘De Da Da Song’ kepada audio asal suara milik Adam dan rata-rata menyukai remixyang dibuat itu.

Adam atau nama penuhnya Adam Wan Mun Yu yang kini berusia 20 tahun merupakan pengh1dap aut1sme sebelum ini pernah dikejutkan dengan berita tentang keluarganya yang terp4ksa berpindah kerana tuan rumah tidak memperbaharui kontrak rumah sewa mereka.

Min suka betul follow-up keluarga Adam ni.. Seronok je tengok cara parents dia handle emosi Adam. Semoga jadi anak yang baik selalu ya!

Sumber: Lobakmerah

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: http://trendinggiler.pw/