“Semakin Cantik…”- Begini Keadaan Terbaru Shafnie, Bekas Isteri Ac Mizal – Lubuk Viral

Kepada mereka yang merupakan pengikut setia pengacara terkenal dan bekas ahli kumpulan hip hop 4U2C, Dato AC Mizal pastinya akan mengingati kisah rumahtangganya bersama seorang wanita bernama Shafnie Zainuddin.

Melalui perkahwinan pertamanya itu, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki yang bernama Muhammad Shafiq Iman dan Muhammad Shabil Iman.

Selepas mereka berpisah, jarang sekali dapat mendengar khabar berita tentang anak-anak pasangan ini.

Sekarang, kedua-duanya bahaia dengan kehidupan masing-masing. Shafnie yang mendapat hak penjagaan Syafiq dan Shabil masih tidak berubah, tetap ayu dan jelita orangnya.

Sementara itu, anak-anak terunanya pula sudah menjadi lelaki dewasa yang juga sudah mempunyai rencana hidup masing-masing.

Shafiq Iman yang merupakan anak sulung dikurniakan wajah seperti orang Cina dan tinggi lampai persis sungguh dengan wajah ayahnya itu. Melihat wajah dan penampilan mereka, ibunya kelihatan seperti kakak kerana wajah muda yang tidak dimakan usia.

Melalui satu perkongsian di Instagram , Shafnie telah berkongsi beberapa keping gambarnya bersama dua orang anaknya itu dari kecil sehinggalah kini. Gambar berkenaan yang membawa seribu satu kenangan apabila dapatmelihat keduanya membesar menjadi anak teruna yang sempurna.

Sungguh kacak mereka berdua bila dah makin besar ni!

Kedua-duanya sudah besar panjang dan menjadi anak muda yang tampan baik Shafiq mahupun Syabil kedua-duanya memiliki wajah ‘chinesse look’ terutama sekali pada bahagian mata yang saling tak tumpah dengan wajah ayah mereka.

Apapun semoga Shafnie dan anak-anaknya ini sentiasa gembira dan bahagia selalu.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber :Youtube