Zizie Ezette Mengaku Terima Wang Pengenalan Berjumlah RM2.8 Juta – Saksi – Lubuk Viral

Pelakon terkenal yang juga merupakan isteri Ahli Parlimen Kinabatangan iaitu Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad mengaku menerima RM2.8 juta daripada seorang perunding unit amanah kerana memperkenalkan suaminya, Datuk Seri Bung Moktar Radin berhubung pelaburan Felcra dalam unit amanah Public Mutual.

Mengaku terima 2.8 juta

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pengawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasu4h Malaysia (SPRM), Mohd Haris Ibrahim berkata, dalam rakaman percakapan pada 27 Julai 2016 lalu, Zizie Izette memaklumkan dia menerima wang pengenalan itu daripada ejen pelaburan, Norhaili Ahmad Mokhtar.

Dalam prosiding sebelum ini, Norhaili memberitahu mahkamah bahawa Zizie Izette layak menerima wang pengenalan itu memandangkan dia memperkenalkan suaminya untuk Felcra membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual. Namun pada ketika itu, Bung Moktar adalah pengerusi bukan eksekutif Felcra.

Jelas Mohd Haris lagi, merakam percakapan pasangan suami isteri itu dibuat mengikut Seksyen 30(3) Akta SPRM 2009 kerana pada 2017 tiada sebarang tangkapan dibuat. Mohd Haris kemudiannya telah melengkapkan kertas siasatan dan mengemukakan syor kepada bahagian pendakwaan agar Bung Moktar dan Zizie Izette didakwa di mahkamah.

Mengaku tidak bersalah

Bung Moktar, 64, mengaku tidak bersalah atas dua pertudvhan menerima rasu4h berjumlah RM2.2 juta dan RM262,500, sebagai dorongan mendapatkan kelulusan Felcra untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.

Dia ditudvh menerima rasu4h daripada ejen pelaburan Public Mutual Madhi Abdul Hamid menerusi Zizie Izette di Public Bank cawangan Taman Melawati di Kuala Lumpur pada 12 Jun 2015.

Bung Moktar juga mengaku tidak bersalah menerima suapan wang tunai sebanyak RM335,500 daripada Norhaili di bawah nama Zizie Izette, atas sebab sama dan di tempat sama pada 19 Jun 2015. Zizie Izette pula mengaku tidak bersalah atas tiga pertudvhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara itu di tempat, tarikh dan masa yang sama.

Perbicara4n di hadapan hakim Rozina Ayob bersambung 17 Mei ini.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: Ohbulan