Cucu jaring gol di Sukan SEA, reaksi Tokwan buat ramai ulang2 tayang – Lubuk Viral

Temasya Sukan SEA pada kali ini cukup mendapat perhatian sejak akhir-akhir ini apatah lagi salah seorang pemain bola sepak Malaysia berjaya menjaringkan gol buat pasukan.

Salah satu rakaman video yang memaparkan pemain Malaysia bernama Nur Azfar Fikri turut tular hangat menjadi perbualan ramai di media sosial selepas momen dia menjaringkan gol turut mengundang netizen di rumah menjerit. Buat yang terlepas, perkongsian di Instagram Era.Je telah mendapat perhatian umum mengenai pemain Malaysia ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ERA – Muzik Hit Terkini (@era.je)

Nampaknya jaring Thailand ‘bergegar’ disebabkan sepakkan Azfar Fikri yang menyumbat gol buat pasukan Malaysia.

Namun begitu, menjengah pula ke ruangan aplikasi TikTok satu rakaman video melihatkan kegembiraan Azfar Fikri yang ditayangkan di kaca televisyen menyebabkan dia turut masuk ke ruangan fyp atau for your page di laman tersebut.

Ini berikutan ramai seronok melihatkan gelagat Tok Wan yang memberikan ‘pelukan angin’ terhadap Azfar Fikri selepas menjaringkan gol.

@iskandarazhaar23 Semangat tokwan bila cucu dia dapat score ??♥️? #harimaumalaya #seagames31 @AF6 ✨ ♬ original sound – asyraf

Video dengan kapsyen, “Semangat tokwan bila cucu dapat score,” tersebut turut mencuit hati warganet dengan ditinggalkan ratusan reaksi diruangan komen.

“Macam tau je atok dia nak peluk”

Azfar

“Kalau aku pun bangga, tahniah tokwan ada cucu berbakat”

Azfar

“Ala ngam pulak time tu”

IMG_20220509_091328

“Berbelas kali tengok…”

IMG_20220509_091352

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: HCL