“The next New Boyz…,” – [VIDEO] Tomok teruja anak sulung nyanyi lagu miliknya – Lubuk Viral

Bagi peminat industri muzik tanah air pasti mengenali dengan vokalis utama kumpulan New Boyz, Shah Indrawan atau lebih dikenali sebagai Tomok.

Sama seperti selebriti lain, penyanyi yang sudah bergelar bapa kepada 3 orang anak ini sering berkongsi dengan netizen tentang kehidupan keluarganya di media sosial. Anak sulung penyanyi itu, Arrian yang sering kali mencvri tumpuan ramai dengan keletahnya yang sentiasa mencuit hati.

Terbaru menerusi laman instagram rasmi miliknya, Tomok memuatnaik satu video yang memaparkan Arrian sedang menyanyi. Namun apa yang menarik perhatian ialah lagu yang dinyanyikan itu merupakan lagu Tomok sendiri.

“Terkejut ayah dengar Arrian hafal lagu ayah,” tulis Tomok di ruangan kapsyen.

Video:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tomok (@tomokofficial)

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 41.9k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata terhibur dan teruja mendengar Arrian menyanyi.

Untuk makluman, Tomok atau nama sebenar, Shah Indrawan Ismail, 35, mendirikan rumah tangga dengan Ayu pada 2 Julai 2011. Mereka dikurniakan tiga anak iaitu Arrian, Andra, dan Siti Khadijah.

Komen netizen:

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: instagram tomokofficial