“Setiap Malam Menangls Rindu Anak Cucu..” Anak Semua Beraya Rumah Saudara Dulu Kemudian Balik Awal, Moyang Dah Siap Masak Nasi – Lubuk Viral

Walaupun kaki sudah tidak kuat berjalan seperti dulu-dulu, seorang ibu tetap akan berusaha menyediakan masakan untuk menjamu anak-anak ketika hari raya.

Namun bagi pemuda dengan akaun TlkTok Awinn ini, dia berkongsikan mengenai moyangnya lantas membuatkan ramai sebakk.

Luluh hati seorang ibu di hari raya…Dah slap masa nak anak balik awal. Sudah siap menanak nasi putih dan menyediakan bahan untuk masak bersama seperti ikan dah lada kering, namun anak-anak kepada wanita tua itu difahamkan sudah pulang lebih awal.

Terlihat dalam video tersebut, dia masih gagah berdiri walaupun nampak seperti sudah tidak larat membuat kerja rumah.

Tak makan bersama anak. Moyang makan seorang diri Lebih sebak lagi, warga emas berusia 79 tahun itu kemudiannya dilihat makan sendirian sambil ditemani cicitnya.

Meskipun tidak berkata apa-apa, namun riak mukanya seakan-akan cukup menggambarkan isi hatinya ketika itu.

Setiap malam dia nangis rindukan anak cucu

Dalam penjelasan yang dibuat oleh Awinn, moyangnya yang mesra dipanggil ‘Ibu’ cuma menyiapkan bahan sahaja dan mahu memasak bersama setelah anak-anak pulang beraya dari rumah saudara.

Belum sempat melepaskan rindu yang terpendam, hasrat untuk menjamu selera nampaknya tidak kesampaian.

Sumber : pnews.space

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber : RK