Penyampai Berita Ced3ra Diser3t Myvi. Ini Tind4kan ‘Bij4k’ Janna Nick – Lubuk Viral

Petaling Jaya: Penyampai berita, Khairul Rizuan Azizan ced3ra akibat diser3t ketika cuba mengejar penjenay4h yang memecahkan tingkap kereta miliknya di Damansara Perdana, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 3.40 petang itu, Khairul Rizuan, 34, mengalami lvka di tangan, jari kanan serta lutut kanan akibat diser3t kereta Perodua Myvi dipandu susp3k yang bertindak melarikan diri.

Katanya, ketika kejadian, dia meletakkan kereta Honda City miliknya di tepi jalan untuk ke sebuah kedai serbaneka di lokasi terbabit.

“Sebaik tiba kedai serbaneka itu, saya mendapati premis berkenaan tutup dan kembali semula ke kereta.

“Ketika itu, saya melihat seorang lelaki memakai jaket sedang menendang tingkap bahagian penumpang hadapan kereta saya,” katanya.

Beliau berkata, lelaki itu juga dilihat mengambil beg miliknya yang ditinggalkan di dalam kereta.

“Saya kemudian menjerit ke arah lelaki terbabit menyebabkannya membaling beg itu sebelum melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta.

“Saya cuba mengejar dan sempat menumbuk mukanya yang ketika itu sudah berada di dalam kereta.

“Namun, suspek bertindak memecut kereta menyebabkan saya terseret di jalan sebelum dapat melepaskan diri,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Damansara berhubung kejadian itu.

Kejadian itu turut tular di media sosial selepas pelakon dan penyanyi popular, Janna Nick yang secara kebetulan melalui lokasi kejadian memuat naik rakaman kamera papan pemuka di akaun Instagram dan Tiktok miliknya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood memaklumkan m4ngsa ced3ra ringan dalam kejadian itu.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseks4an dan kerugian dianggarkan berjumlah RM500.

“Usaha mengesan suspek dalam kes itu sedang giat dijalankan. Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-79662176 bagi membantu siasatan,” katanya.

Reaksi netizan

“Bagus Janna nick.. Ada dashcam… Front view..”

Sumber:hm

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: https://www.dnq.pw/