Orang lain shopping baju raya, wanita ini sibuk pilih batu nis4n… reda hanya sempat bergelar ibu tak sampai sehari

DALAM kita bergembira menyambut Aidilfitri, beringatlah ada individu yang sedang berdvka.

Turut merasai kesedihan pada Syawal kali ini adalah Norfateha Shahputri, 28, dan suami, Muhammad Uzair, 30 apabila cahaya mata pertama mereka meningg4l dunia pada 19 November tahun lalu.

Norfateha berkongsi kisah yang menjadi titik hitam dia dan suami menerusi video memaparkan mereka memilih batu nis4n sebagai tanda ‘rumah baharu’ arw4h anak, Awa Medina.

Bercakap kepada mStar, dia yang lebih mesra disapa Put menjelaskan dirinya berasa terkilan kerana zuriat pertamanya ini tidak dapat diselamatkan selepas empat tahun menunggu.

“Sudah lama kami ikhtiar nak dapat anak tapi saya sabar saja sebab anggap tak ada rezeki lagi. Tapi Allah bagi pinjam rasa nikmat mengandung dan ada anak sendiri walaupun sekejap.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Anak saya lahir pada 19 November 2021 pukul 8.40 malam. Rasa sangat gembira dan bersyukur masa tu sebab lama tunggu nak ada anak tapi saya risau sebab masa lahir usia kandungan baru enam bulan satu hari. Berat baby masa lahir 680 gram saja.

“Tak sangka esoknya pukul 4 pagi doktor sahkan baby saya meningg4l. Punca anak saya tak dapat diselamatkan disebabkan lahir tak cukup bulan. Doktor beritahu mereka terpaksa ‘lepaskan’ anak sebab tak nak dia mend3rita,” kata Put ketika dihubungi.

Wanita yang menetap di Shah Alam, Selangor ini mengakui pada mulanya tidak dapat menerima kenyataan mengenai kehilangan anaknya.

Pasangan ini telah berjaya mendapat zuriat setelah empat tahun penantian.

Pasangan ini telah berjaya mendapat zuriat setelah empat tahun penantian.

Namun pada masa sama, dia bersyukur masih mempunyai suami di sisi yang sentiasa menjadi penguat semangat dirinya ketika itu.

“Perasaan hilang anak sangat pedih. Siapa yang pernah alami kehilangan macam ni je akan tahu.

“Tapi saya lega bila ada suami yang sangat positif dalam hal ni. Dia sangat kuat walaupun saya tahu dia pun bersedih juga masa tu cuma tak tunjuk. Kami sama-sama tunggu nak ada anak dari dulu lagi.

“Sepanjang saya mengandung, berpantang suami yang uruskan, termasuk urusan pengebumian anak. Saya tak boleh nak tolong uruskan jenazah sebab masih di bawah pemantauan di wad. Doktor minta saya berehat sebab saya mengalami pendarahan teruk sampai hilang 2.5 liter darah,” katanya.

Wanita ini sempat merasai pengalaman menjadi seorang ibu walaupun untuk beberapa jam sahaja.

Wanita ini sempat merasai pengalaman menjadi seorang ibu walaupun untuk beberapa jam sahaja.

Bercerita lanjut mengenai kematian bidad4ri syurganya, Put memberitahu pangkal rahimnya yang pendek merupakan punca dia melahirkan bayi lebih awal dari yang dijadualkan.

Setelah lebih empat bulan kehilangan anaknya, dia bercadang untuk mencantikkan kubvr arw4h dengan meletakkan batu tanda yang telah ditempah semasa bulan Ramadan lalu.

“Benda ni berlaku tanpa sedar. Masa buat pemeriksaan dekat hospital, ‘jalan’ dah buka 2cm (sentimeter) tapi tak sampai 12 jam dah terbuka lebih 9cm sebab pangkal rahim saya pendek.

Baru sekarang saya boleh terima dan reda dengan apa yang jadi. Nak harungi setiap hari dengan kenangan yang sedia ada ni bukan perkara mudah.

NORFATHA

“Sekarang masuk bulan keempat anak saya meningg4l. Saya baru ada rezeki nak belikan dia batu nis4n sebagai batu tanda dekat kubvr dia. Orang lain shopping beli baju raya tapi saya sibuk pilih batu nisan untuk arw4h.

“Lagipun baru sekarang saya boleh terima dan reda dengan apa yang jadi. Nak harungi setiap hari dengan kenangan ni bukan perkara mudah bagi saya,” luah Put.

Wanita ini meluahkan rasa sedihnya namun bersyukur sempat merasai peluang bersama anaknya walaupun sekejap.

Wanita ini meluahkan rasa sedihnya namun bersyukur sempat merasai peluang bersama anaknya walaupun sekejap.

Berkenaan video yang menjadi tular di TikTok, Put tidak menyangka perkongsiannya ini mengundang seb4k para warga maya.

Menurutnya, ramai yang mendoakan dia dan suami agar terus tabah dengan ujian diberikan oleh Allah.

“Saya simpan dekat media sosial sebab nak buat kenangan saja tapi tak sangka ramai yang berkongsi nasib sama di ruangan komen.

“Kepada ‘pejuang dua garis’, semoga kuat, tabah dan jangan stres. Nikmati hidup berdua setiap hari sementara ada ruang. Bab anak ni saya sebagai isteri paling terkesan dari segi mental dan fizikal.

“Jadi suami perlu memainkan peranan menjadi penguat buat isteri. Sokongan moral dari golongan suami sangatlah penting bila jadi keadaan macam ni,” katanya.

Komen :

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: Mstar