“Benda dah post kan,” – Reaksi MamatGotNoChill terima kejutan dari Nadia Brian buat ramai ketawa – Lubuk Viral

Sebelum ini, tular di media sosial, video pelakon Nadia Brian mengajak seorang pemuda pengaruh TikTok yang dikenali sebagai ‘MamatGotNoChill’ untuk berbuka puasa bersama baru-baru ini.

MamatGotNoChill atau nama sebenarnya, Firdaus Nahar sememangnya dikenali ramai kerana sering membetulkan video TikTok yang dihasilkan orang lain.

Nadia antara mereka yang sering menjadi mangsa teguran Mamat dan akhirnya usikan itu membuatkan ramai pengikut Nadia menyarankannya untuk berbuka puasa bersama Mamat.

Terbaru menerusi video tular yang dimuat naik menerusi Tiktok era.je, kelihatan MamatGotNoChill sedang berbual dengan beberapa penyampai radio yang lain.

Dia juga sempat berseloroh, bahawa akan menukar nama Tiktok miliknnya dari MamatGotNoChill kepada MamatGotNadia jika dirinya ‘declair’ dengan pelakon wanita tersebut.

Apa yang mencvri perhatian, MamatGotNoChill tidak tahu bahawa Nadia Brian sebenarnya berada di belakang dirinya dan terkejut setelah mengetahui kehadiran pelakon wanita tersebut.

“Terkejut @mamatgotnochill_ bila @naddb datang studio nak surprisekan dia. Dah lama Nadia duduk kat belakang dia tu, dia buat tak tau je eh,” tulis era.je di ruangan kapsyen,

Video:

@era.je Terkejut @mamatgotnochill_ bila @naddb datang studio nak surprisekan dia. Dah lama Nadia duduk kat belakang dia tu, dia buat tak tau je eh. ? #JoHaRaPagiRayaERA #sharERA #fyp ♬ original sound – ERA

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 541k tontonan, 60.3k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang terhibur dengan gelagat MamatGotNoChill.

Komen netizen:

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: tiktok era.je