“Iqbal Minta Cad4ngan Untuk Namakan Anak,” Nama Yang Netizan Beri Buat Ramai Berdekah – Lubuk Viral

Selebriti media sosial dan usahawan popular, Iqbal Zulkefli mengakui yang dia kini sudah bergelar bapa.

Menerusi perkongsian di Instagram, Iqbal, 28, melahirkan rasa bersyukur kerana impiannya untuk mengambil anak angkat akhirnya dimakbulkan oleh Allah SWT.

Begitupun, bekas peserta Big Stage 2022 itu mengakui yang dia masih belum boleh mended4hkan wajah anaknya yang baru berusia tujuh hari.

“Allah SWT makbulkan doa saya. Jantinanya lelaki dan belum ada nama. Tali pusat pun belum gugur lagi. Saya tidak boleh tunjukkan muka,” katanya.

Iqbal turut berjanji untuk menjaga anak angkatnya itu dengan sebaik mungkin, termasuk menjaga makan, pakai dan keperluan asas.

“Bayangkan saya bela kucing dua ekor, urus perniagaan lagi dan pelbagai pekerjaan lain. Saya seorang tapi saya sempat buat. Cuma rumah tidak terurus sikit.

“Sesekali saya akan bagi pada ibunya jaga dan ambil semula. Doakan saya dapat jaga anakanda ini dengan sempurna. Biar dia membesar menjadi anak yang baik dan disayangi semua orang,” katanya.

Dalam masa yang sama, Iqbal turut memberitahu yang dia tidak akan mengizinkan sesiapa untuk memegang atau mencium bayinya.

“Saya balik raya nanti tidak ada siapa boleh pegang dan cium (bayinya). Saya minta maaf. Cuma saya sahaja yang boleh menciumnya. Ini amaran tegas,” kata Iqbal.

Dalam waktu yang sama, Iqbal turut meminta cadangan daripada orang ramai untuk memberikan nama kepada anaknya itu.

Mohd Alvida

Begitupun, muncul nama-nama yang lucu hasil kreativiti netizen yang meninggalkan komen.

“Bagi nama Mohd. Alvida.”

“Ahmad Ramadhan Iqbal, Ahmad Muhammad atau Rizky Ramadhan.”

“Letak nama Aaron Dzakwan.”

Terdahulu, Iqbal pernah beberapa kali mencetuskan kontroversi bermula dengan isu ingin berkahwin usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida sehinggalah percubaannya menjadi penyanyi menerusi single sulung berjudul Hujan tahun lalu sehinggalah penyertaannya menerusi Big Stage 2022.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: http://www.rosemerah.dnqj.my/