Iqbal Zulkefli Mahu Beri Duit Raya RM100,000 Tapi Ada Syarat. – Lubuk Viral

Usahawan sensasi tanah air, Ahmad Iqbal Zulkefli baru ini membuka ruang kepada pengikutnya di media sosial untuk bertanya apa saja soalan kepadanya.

Serik Bagi Pinjam Duit

Menariknya dalam beberapa soalan yang ditanya kepada usahawan muda ini, dua daripada soalan yang dijawab oleh Iqbal mendapat tumpuan ramai. Usahawan tempatan ini mendedahkan dia tidak mahu lagi memberi pinjam wang kepada sesiapa.

Pengalaman lampau membuatkan Iqbal berasa serik dan tidak mahu melalui keadaan sebegitu lagi. kerana dalam ramai-ramai yang meminjam hanya tiga orang yang bayar semula wang yang diberi pinjam tersebut.

“Tuan sudi pinjamkan duit?” – tanya salah seorang pengikut

“Saya selalu bagi orang pinjam duit. Dalam 20 orang yang berhutang, cuma 3 orang yang bayar. Malah, saya pula yang dikatakan macam-macam bila minta hutang. Minta maaf, saya sudah serik.” jelasnya

Sedia Duit Raya RM100K

Dalam pada itu, Iqbal juga mendapat mesej pertanyaan dari seorang pelajar yang ingin meminta duit raya kepadanya. Mendapat soalan seperti itu, Iqbal mendedahkan dia menyediakan RM100 ribu duit raya pada tahun ini dan sesiapa yang ingin mendapatkan duit raya darinya perlu berjumpa secara berdepan.

“Nak duit raya untuk pelajar macam saya” – soal pengikutnya

“Tahun ni saya dah sediakan RM100,000 untuk duit raya. Saya tidak kira usia, kalau rasa nak bagi, saya bagi je. Cuma kena jumpa depan-depan bukan DM atau transfer.”umumnya

Setiap kali tibanya Syawal, pasti ramai kanak-kanak ternanti-nanti akan duit raya yang bakal diterima oleh mereka.

Pelbagai ragam dapat diihat apabila mendapat duit tersebut daripada orang dewasa kepada mereka.

Namun begitu, kisah disebalik pengeluaran duit raya oleh golongan dewasa tiada sesiapa yang tahu, melainkan ia dikongsikan bersama menerusi platform media sosial seperti oleh wanita ini.

Pergi bank ambil duit raya

Baru-baru ini tular di laman TikTok apabila seorang wanita memuat naik sebuah video yang melihatkan dia pergi ke bank bagi mengeluarkan duit raya.

Menerusi perkongsian tersebut, wanita tersebut memberitahu dia pergi ke bank hanya dengan memakai pakaian yang biasa-biasa sahaja iaitu t-shirt biru bersama kain batik, tetapi masih menerima layanan yang baik oleh pegawai bank di situ.

Tukar duit raya bernilai RM2 juta

Apa yang menariknya, wanita tersebut difahamkan telah menukarkan duit sebanyak RM2 juta, sebelum ia dipercayai ditukarkan ke sebuah bilik khas memandangkan jumlah tersebut bukanlah sedikit. Dan,dia mengatakan duit yang ditukarkan itu tidak banyak.

Tak melayu kalau tak ri4k

Perkongsian tersebut menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan warganet.

Melihat kepada tindakan wanita terbabit, ada yang mengaitkan ia dengan sikap melayu kaya yang sentiasa riak dalam menunjukkan harta benda dan kekayaan yang sedia ada kepada khalayak umum.

Orang kaya tak macam ni…

Selain itu, terdapat warganet mengatakan jika seseorang tersebut, benar-benar kaya, dia tidak akan menunjukkan kekayaaannya di media sosial seperti mengeluarkan duit di kaunter bank.

Bukan itu sahaja, ada yang mengaitkan wanita itu dengan Robert Kuok.

Harap tak kena romp4k atau s4mun

Di samping itu, terdapat segelintir warganet meluahkan harapan semoga wanita tersebut tidak menjadi mangsa samun atau rompak oleh individu tidak bermoral di kawasan tersebut kerana wang yang dikeluarkan bukanlah sedikit, sebaliknya bernilai RM 2 juta.

Kongsi la lokasi sekali

Tumpang bangga dengan kejayaan anak Melayu

Walau bagaimanapun, rata-rata warganet berbangga atas kejayaan yang dicapai oleh wanita tersebut, meskipun perkongsian tersebut boleh mendatangkan kesan buruk.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: https://liveconnection24.com/