Lepas Jumpa Pengarah JPN…Halim Ded4h 3 Sebab Untuk Kekalkan Nama Myra Natasya Binti Abdullah – Lubuk Viral

Kuala Lumpur: “Memang saya tak daftarkan perkahwinan di Malaysia, sebab rumah tangga itu dah tak aman dan saya bersama ibu Myra akhirnya membawa haluan hidup masing-masing.”

Itulah penjelasan pengacara dan bekas penyampai radio, Halim Othman, 56, berhubung identiti anak tunggalnya juga pelakon serta pengacara, Myra Natasya Abdullah yang tidak berbintikan nama Halim.

Menurut Halim, dia bersama bekas isteri, tidak sampai setahun hidup bersama selepas berkahwin pada 1994 dan apabila Myra dilahirkan pada 1995, mereka sudah tidak duduk sebumbung dan segala urusan anak dibuat oleh ibunya.

“Masa daftarkan itu memang bekas isteri letak nama bapa Myra, Abdullah sebab perkahwinan kami di Thailand berkenaan tidak didaftarkan di Malaysia dan ia dianggap tidak sah.

“Ketika itu, saya juga kata kepada bekas isteri tidak perlu besarkan cerita yang Myra anak saya, sebab tak mahu jadi ‘complicated’ dan dia akan terganggu,” katanya kepada Harian Metro.

Halim berkata, Myra memang dijaga sepenuhnya oleh ibunya, Yusnita sejak mereka berpisah.

Katanya lagi, disebabkan sibuk dengan kerjaya pada 1996 dan 1997, maka urusan percer4ian dapat diselesaikan di Thailand pada 1998 selepas Myra berusia tiga tahun.

Ditanya juga mengenai rasa kesalnya, Halim berkata itu memang tidak dapat dinafikan kerana melihat anak sendiri yang berbintikan Abdullah dan pada mulanya, dia memang berasa kurang selesa dan tak berpuas hati.

“Tetapi, apabila dah tersedar sekarang, saya terimalah hakikat Myra binti Abdullah itu dan percaya ada rahmat di sebaliknya. Sesungguhnya, Allah Maha Tahu.

“Malah, bila mana saya fikir-fikirkan lagi, kadang-kadang nama ini apabila kita terima dengan ikhlas binti Abdullah itu mungkin ia juga membawa banyak tuah kepada Myra sekarang.

“Alhamdulillah, saya reda dengan nama Myra binti Abdullah itu dan dengan penjelasan ini kisah kami boleh ditutup dan sekarang ‘move on’ untuk kehidupan seterusnya. Malah, saya juga bersyukur hubungan dengan ibu Myra juga semakin baik,” katanya.

Mengulas juga mengenai komen netizen, Halim berkata dia gembira dan kagum apabila secara keseluruhannya kisah Myra diterima baik oleh orang ramai.

Katanya, walaupun ada segelintir netizen yang membuat spekulasi, tak mengapa sebab semua orang ada hak atas pandangan sendiri.

“Saya terima semua komen yang baik-baik ditulis itu. Saya juga tak marah dengan komen yang sebaliknya daripada netizen. Begitu juga dengan penjelasan saya ini, terpulanglah kepada mereka nak terima atau mahu fikir apa. Terserah,” katanya.

Lepas jumpa Pengarah JPN…saya ambil keputusan untuk kekalkan nama Myra Natasya binti Abdullah atas 3 sebab

Selepas berjumpa dan mendengar nasihat oleh Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) 3 hari lepas, Halim Othman ambil keputusan untuk mengekalkan nama ‘binti Abdullah’ atas 3 sebab. Pertama, dia percaya ada hikmah apabila nama tersebut diberi kepada Myra yang kini sudah masuk 27 tahun. Alasan kedua adalah untuk mudahkan semua pihak terlibat ‘move on‘, manakala yang terakhir adalah proses pertukaran nama tersebut memakan tempoh agak lama.

Memang terkilan nanti anak perlu khidmat wali hakim…itu kesilapan saya sebab tak peka dulu

Apabila disoal mengenai urusan pernikahan Myra kelak, bekas penyampai radio ini sedia maklum bahawa anaknya perlu gunakan khidmat wali hakim. Sambil mengakui kesilapan dahulu kerana tidak peka dengan kesan mendatang, Halim Othman bagaimanapun berharap perkara ini boleh dijadikan sebagai pengajaran berguna untuk masyarakat di luar sana.

Terdahulu, media melaporkan mendedahkan Myra juga bekas peserta Dewi Remaja 2019 yang pernah menjadi pengacara Didik TV dan pelakon drama Republik Gombak di TV3 adalah anak Halim Othman selepas 27 tahun ‘dirahsiakan’.

Difahamkan, Myra atau nama sebenarnya, Yusmyra Natasya adalah anak Halim bersama bekas isteri, Yusnita Omar, 47.

kredit:mstar, hmetro

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: http://trendingsangat.pw/