Jual Kerepek Sampai Terlelap, Netizen Seb4k Lihat Ketekunan Seorang Kanak-Kanak Berjualan Demi Mencari Rezeki – Lubuk Viral

P1lu hati melihat rakaman pengguna TikTok yang memperlihatkan seorang kanak-kanak lelaki yang tertidur ketika berjualan kerepek di kawasan luar sebuah kafe popular di Limbongan, Melaka.

Menerusi rakaman tersebut, peniaga cilik itu dilihat menongkat dagunya dengan bakul berisi kerepek sambil duduk di tepi longkang kecil menghadap barisan kereta yang sibuk beratur memesan minuman secara pandu lalu.

Dalam rakaman yang sama, kelihatan seorang individu yang turun daripada kereta dan menghulurkan sejumlah wang kepada kanak-kanak itu sambil mengejutkan dari tidur.

Meninjau di ruangan komen, ramai yang melahirkan rasa sedih dan syahdu memandangkan kanak-kanak yang seusia itu terp4ksa melawan norma realiti dan terp4ksa berjualan mungkin untuk membantu menambah pendapatan keluarga.

Video:

@danielaliisemoga Allah sentiasa lindungi ko dik??☺️♬ Aku Bidadari Syurgamu – AmirullahMz

Dalam perkembangan terkini, pemilik akaun TikTok berkenaan berjaya mengumpulkan sedikit bantuan daripada netizen berjumlah RM1,055.

“Assalammualaikum, saya tutup dulu ya untuk sumbangan Adik Kerepek. Ini jumlah terkumpul dari kalian yang menyumbang. Semoga dimurahkan rezeki selalu. Doakan saya semoga dipermudahkan untuk mencari adik tu,” tulisnya.

Komen netizen:

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: Gempak