Tahun Depan Yg Merisaukan. Rahsia Kenapa Orang Kaya Pun Kini Dah Mula Berkebun Mula Terjawab- Lubuk Viral

Pada 20 April yang lalu, ringgit dibuka rendah pada RM4.28 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan ini merupakan nilai mata wang Malaysia paling teruk sejak Jun 2020.

Dalam masa beberapa hari, nilai tersebut terus menyusut dari RM4.28 ke RM4.35 dan ini sudah tentu merisaukan lagi rakyat.

Dijangkakan juga keadaan ini akan terus meruncing menjelang tahun depan dan rakyat akan mula merasai kesan-kesannya kelak.

Antaranya ialah harga barangan keperluan pasti akan naik, pembekal barangan import terpaksa tanggung kerugian, penjual ayam terus terhimpit dan berkemungkinan juga berlakunya situasi stagflasi dan hiperinflasi di Malaysia.

Yazeed Hair Johari melalui satu hantaran di Facebooknya telah memberikan bayangan mengenai apa yang bakal berlaku pada tahun 2023 sekiranya masalah ini semakin buruk.

Dalam hantarannya tersebut, Dr Yazeed turut menasihatkan orang ramai untuk mula berjinak-jinak dengan aktiviti berkebun sebagai langkah persediaan awal bagi menghadapi situasi yang disifatkannya sebagai amat merisaukan, menakutkan dan menyeramkan ini

.

“Tahun depan yang merisaukan.

” Kenapa ramai orang kaya dah mula start projek berkebun?

“Dia orang macam dah boleh hidu sesuatu eh?

” Ada rahsia yang dia orang tau lebih awal ke?

Aku tau kenapa dia orang ni semua tengah invest dalam perladangan dan pertanian.

Meh aku cerita kenapa dia orang dah start plan projek berkebun atau pertanian ni semua.

Tahun ni Alhamdulillah, ada Pengeluaran Khas KWSP RM10K. Ramai yang dapat bernafas semula.

Tapi yang paling merisaukan adalah tahun depan.

Sekarang pun, duit mata wang RM sedang jatuh lebih teruk jika dibandingkan dengan US dollar dan Singapore dollar.

Pemulihan ekonomi yang perlahan menyebabkan ramai investor luar dah mula angkat kaki.

Ada pengilang-pengilang yang dah mula menggantikan tenaga kerja dengan automachine.

Ramai pekerja dibuang untuk mengurangkan kos.

Dulu kilang Audi dekat Germany ada 78,000 pekerja. Disebabkan dah banyak digantikan dengan automated machine, pekerja kilang Audi hanya tinggal 18,000 pekerja sahaja sekarang.

Tahun depan lebih menakutkan.

Pakar ekonomi menjangkakan hiperinflasi.

Di mana inflasi kita akan naik meroket.

Dan akan menyebabkan harga asas seperti bahan makan akan meningkat dan mahal.

Tahun ini sahaja, kalau tanya rata-rata peniaga dah mula merasakan susutnya untung dalam perniagaan kerana buying power dah mula kurang.

Kalau boleh break even pun dah cukup bagus sebenarnya.

Kawan aku seorang ni ada 16 kedai rangkaian mamak, 10 daripadanya sudah pun ditutup.

Kawan aku ada 8 kedai car wash, 6 dah ditutup.

Ramai kawan aku yang dah mula jual kereta mewah, rumah-rumah, aset-aset yang tak digunakan.

Ramai yang tak perasan, tapi dia orang dah bertindak dengan lebih awal.

Semuanya nak stand by cash di kala inflasi meningkat. Maybe untuk diversify.

Tahun depan tak mungkin ada lagi Pengeluaran Khas KWSP yang akan dibenarkan.

Mana lagi nak cekau?

Yang mana ada tanah tu, memang aku suggest sangat kau orang mula bercucuk tanam.

Sebab aku dah start tengok, ramai kawan-kawan aku yang dah kaya ni pun dah mula start projek kebun secara besar-besaran.

Sebab dia orang pun berpendapat macam tu juga. Semua tengah start stand by button.

Cuma ramai orang je yang tak perasan atau tak ambil tahu tentang isu ni.

Kalau yang mana dah biasa dalam bidang perniagaan, mata wang dan analist ekonomi, mereka semua tengah bersedia lebih awal.

Tony Fernandes pun dah mula tak ambil perhatian pada airlines. Tumpuan dia lebih kepada kapital lokaliti.

Keadaan ini amat menyeramkan.

Just tarik seat belt. Berhati-hati.

Let’s pray for our future.

Wallahualam.

Dengarkanlah. Di sepanjang malam aku berdoaaaa.

Setakat artikal ini ditulis, posting tersebut telah mendapat sebanyak 22ribu perkongsian, 14ribu tanda suka

Penulis juga ada memberi contoh mengenai perniagaan pelitup muka bila mana permintaan semakin berkurangan menyebabkan peniaga terpaksa menjual dengan harga borong

“Contohnya Mask Komersial la ..

” Ramai yang bawak masuk , berli ber tan tan

“tiba2 kerajaan kata dah tak perlu face mask

” Orang dah kurang beli face mask

*Demand tak tinggi macam dulu lagi

*mask komersial yang berkontena tu last2 jual harga borong .. Janji balik modal”

Belanja Berpada-pada

“Aku tak bermaksud untuk korang stop berbelanja , sebab korang berbelanja ni nak bantu rancak ekonomi semula …Cumanya .. Jangan la pi perabih semua”

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: http://trendingsangat.pw/