Berlaku kecvrian telefon pintar dlm kedai, sekali Rita Sosilawati ‘upload’ rakaman CCTV – Lubuk Viral

PENANGAN kuasa viral!

Kurang 24 jam insiden kecvrian telefon pintar berharga hampir RM5,000 berlaku di restoran milik usahawan kosmetik, Datin Rita Sosilawati, gajet itu dikembalikan kepada pemiliknya.

Berkongsi berita gembira itu, Rita berkata seorang lelaki yang mend4kwa sebagai rakan niaga kepada majikan susp3k tampil ke restorannya di Publika, Kuala Lumpur pada lewat petang Khamis bagi memulangkan telefon berkenaan.

“Sekitar pukul 6 petang, seorang wakil suspek datang ke kedai dan berjumpa staf saya untuk memulangkan telefon selepas video pelaku dikongsi ramai sehingga viral.

“Lelaki tu memaklumkan kejadian itu berlaku secara tidak sengaja kerana ‘terambil’ beg kertas mengandungi kotak telefon yang baru dibeli adik saya.

“Tapi kami tak fikir dia ‘terambil’ sebab kotak telefon yang berbalut dengan plastik telah dibuka, malah telefon juga dibuka. Tak mungkin terambil,” katanya kepada mStar.

Rita atau nama sebenarnya Erni Dekritawati Yuliana Buhari turut memaklumkan bahawa wakil tersebut merayu supaya laporan polis yang dibuat terhadap pelaku ditarik balik.

Selepas mengadakan perbincangan, Rita dan adik lelakinya berusia 35 tahun, Md Erwan Nasri yang juga pemilik telefon yang dicuri bersetuju dengan permintaan tersebut, tetapi bersyarat di mana gajet tersebut perlu diganti semula.

“Seorang lelaki yang dikatakan sebagai PA (pembantu peribadi) kepada wakil pelaku datang ke restoran saya kira-kira pukul 7 malam bagi menyerahkan telefon model sama yang baru.

“Kami juga dimaklumkan bahawa pelaku berusia 30-an itu telah dipecat selepas kejadian cvri itu,” ujar Rita enggan memperincikan butiran susp3k.

Beg kertas (bulatan merah) yang mengandungi kotak telefon diletakkan di atas meja berdekatan dengan Rita dan adik-adiknya.

Katanya, dia sekeluarga memutuskan untuk tidak mahu memanjangkan kes berkenaan kerana apa yang lebih penting adalah telefon yang dicuri dikembalikan semula.

“Kami sekeluarga tak mahu kes berpanjangan dan wakil suspek sudah pun pulangkan semula telefon. Kami juga telah menarik laporan polis kira-kira pukul 9 malam (Khamis),” ujarnya.

Pelanggan terbabit (bulatan merah) berurusan dengan pekerja restoran untuk membuat pesanan makanan.

Menurut Rita, dia dan adik lelakinya bersyukur dan amat berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang turut membantu menularkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhubung kejadian cvri di restorannya pada Rabu malam.

“Alhamdulillah kurang 24 jam kami dah dapat telefon tu balik. Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang membantu. Saya berkongsi rakaman yang memaparkan wajah susp3k bukan untuk mengaibkan dia, tetapi untuk kita semua berhati-hati dengan individu tersebut.

Kami sekeluarga tak mahu kes berpanjangan dan wakil suspek sudah pun pulangkan telefon. Kami juga telah menarik laporan polis kira-kira pukul 9 malam (Khamis).

“Kepada lelaki yang mencvri telefon tu, saya berharap dia mengambil pengajaran di atas kejadian yang berlaku dan benar-benar insaf kerana tindakan itu hanya merugikan dirinya sendiri dan banyak pihak.

“Saya berharap kejadian yang berlaku juga dijadikan iktibar kepada semua untuk tidak mencvri, lebih-lebih lagi di bulan Ramadan,” katanya.

Pelanggan yang mencvri telefon segera beredar keluar dari restoran.

Dalam kejadian yang berlaku di restoran milik Rita pada Rabu malam, seorang pelanggan did4kwa mencvri beg kertas yang mengandungi kotak telefon yang baru dibeli adiknya.

Menerusi rakaman CCTV, pelanggan berkenaan datang ke restoran bagi membeli nasi goreng untuk dibungkus sebelum mencvri beg kertas yang diletakkan di atas meja di dalam premis.

 

kredit: mstar

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: http://limauasamboi.pw/