“Saya Sendiri Pun Tiada 10 Peguam” – TMJ Rasa Pelik, Tanya Siapa Sebenarnya Slti Balnun?- Lubuk Viral

Baru-baru ini, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim telah berkenaan untuk menerima Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun datang mengadap bagi membincangkan isu berkaitan remaja sindr0m down, adik Bella yang dipercayai menjadi m4ngsa d3ra pengasas Rumah Bonda.

Selain daripada Rina, TMJ juga membuat pertemuan dengan barisan peguamnya serta aktivis-aktivis @justiceforbella.

Hal tersebut dikongsikan sendiri salah seorang aktivis, Aliff Ahamd di akaun Facebooknya.

Menurut Aliff, TMJ merupakan seorang yang sangat cool dan pertemuan mereka berjalan dalam keadaan sangat santai. Dalam pada itu, aktivis terbabit juga menyatakan kehairanan TMJ mengapa Siti Bainun boleh mempunyai sehingga 10 orang peguam yang mewakili dirinya

Menerusi kapsyen yang disertakan, beberapa perkara ‘pelik’ turut disenaraikan memandangkan Orang Kena Tudvh (OKT) begitu kebal.

Susulan daripada itu, TMJ seakan terpanggil dengan meninggalkan komen di ruangan Instagram berkenaan dan menyatakan baginda masih hairan mengapa hal tersebut boleh terjadi.

Mana tidaknya, baginda sendiri mengakui tidak mempunyai peguam seramai itu dan menganggap apa yang terjadi adalah satu permulaan.

Tambah baginda, hero sebenar dalam isu ini adalah Bella sendiri dan kita semua sama-sama membantu agar Bella serta setiap kanak-kanak di dalam negara terpelihara serta dilindungi. Jadi, TMJ menggesa agar Kerajaan Malaysia segera meminda Undang-undang untuk memastikan kanak-kanak terus dilindungi.

Terdahulu, media melaporkan yang OKT telah diwakili dengan 10 orang peguambela dan difahamkan dia menambah tiga lagi peguam pr0bono untuk tujuan sama.

Walau bagaimanapun, kes masih lagi dalam perbicaraan di mahkamah dan pihak berkuasa giat melakukan siasatan berhubung kes yang dianggap kej4m ini.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: https://bigonewzz.com/