“Tarik Balik Video Atau..”- Menteri Agama ‘Tegur’ Alif Syukri, Kali Ni Sampai Ajak Jumpa, Ini Tindakan Bakal Diambil – Lubuk Viral

Putrajaya: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad bercadang mahu mengadakan pertemuan dengan usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman berkaitan video muzik sempena Aidilfitri yang menimbulkan kontroversi baru-baru ini.

Idris berkata, sekiranya berpeluang beliau mahu bertemu mata dengan pemilik video berkenaan sebagai tanda ukhwah sesama Islam bagi berbincang pelbagai perkara.

Menteri nasihat Aliff Syukri tarik balik video kontroversi

Katanya, beliau terpanggil untuk mengulas isu itu kerana ketika ini umat Islam sedang mengejar 10 malam terakhir Ramadan.

Katanya, terdapat perdebatan agak pan4s dalam kalangan rakyat terhadap klip video berkenaan yang diiringi watak penari yang jauh daripada adab ketimuran dan ajaran Islam.

“Pastinya ia kurang sesuai untuk dikaitkan dengan kemenangan umat Islam pada bulan Syawal selepas kita menempuh ujian dan tarbiyah di bulan Ramadan,” katanya dalam kenyataan di Facebook (FB) hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Aliff Syukri menerima kec4man ramai apabila klip video lagu Kelepok Raya yang tidak bersesuaian dengan sambutan Syawal.

Idris berkata, beliau turut mengambil peluang mengajak semua umat Islam menjaga sensitiviti perkara berkaitan agama dan menjaga batasan terhadap hiburan yang mahu ditonjolkan kepada masyarakat.

Menurutnya, negara baru saja pulih daripada bala C0v!d-19 yang melanda seluruh dunia.

Katanya, peluang dan rezeki yang Allah berikan perlu dimanfaatkan sebaiknya untuk mengajak umat Islam kepada perkara lebih takutkan Allah serta menjaga tingkah laku.

“Saya menasihatkan dengan penuh kasih sayang dan cinta kepada insan-insan hebat yang mampu membangunkan ummah agar klip video seumpama ini dikeluarkan daripada disiarkan di mana-mana platform media atau ditetapkan hanya untuk tatapan peribadi,” katanya.

Idris berkata, beliau yakin hati lebih lapang jika patuh pada ajaran dan nilai agama malah Allah akan melapangkan lagi rezeki.

Katanya, beliau menyeru seru semua rakyat Malaysia agar sentiasa berhati-hati dan cakna terhadap perkara yang boleh menyentuh sensitiviti agama.

“Dengan penuh rendah diri dan kasih sayang saya kepada semua saudara seIslam, semoga nasihat ini adalah kerana Allah dan biarlah Allah sahaja yang menentukan segala aturan kebaikan kepada hamba-Nya,” katanya.

Aliff Syukri Didakwa Hina Islam Dan Bulan Ramadan Dalam Muzik Video Terbaharu

Jutawan dan pengasas barangan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi tampil dengan kontroversi terbaharu di bulan Ramadan tahun ini. Kontroversi ini terjadi selepas video klip lagu raya terbaharu beliau yang bertajuk ‘Kelepok Raya’ mendapat kritikan meluas daripada warganet.

Tema video itu tertumpu di antara Aliff dan isterinya yang sedang sibuk menyambut Raya. Ia menjadi kontroversi apabila terdapat 3 lelaki yang menari di sawah padi memakai songkok bersama beberapa pakaian yang kelihatan sangat di luar kebiasan berserta hiasan barang kemas.

Sementara dalam adegan lain, Aliff boleh dilihat berbaring di samping ramai lelaki lain memakai baju melayu sambil menari secara seksi.

Sejak ditayangkan kepada umum, video klip tersebut mendapat lebih 20,000 tontonan hanya dalam tempoh 2 jam. Netizen turun ke ruangan komen untuk menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap video klip tersebut.

Netizen meny3rang Aliff Syukri dengan menyatakan bahawa dia tidak menghormati Islam, Bulan Suci Ramadan dan juga baju melayu tradisional.

“Sejujurnya saya boleh terima lagu itu. Tetapi konsep muzik video itu begitu tersasar untuk Raya. Tidak perlu penari seperti itu. Saya boleh katakan bahawa ia adalah pencemaran budaya yang tidak sepatutnya wujud,” komen seorang pengguna.

“Memakai songkok dengan rantai dan singlet. Tidak menghormati baju melayu tradisional kita,” kata seorang lagi.

“Lelaki lembut di Malaysia semua selamat, tak kena ser4ng dengan jabatan agama. Yang tak selamat sajat seorang sahaja,” kata netizen lain dalam nada menyindir.

Manakala seorang netizen di Facebook menyatakan bahawa ini adalah cara halus Aliff untuk mempromosikan budaya ‘sotong’ di Malaysia dengan menyiarkan konsep muzik video yang negatif.

“Budaya negatif mempromosi puak ‘sotong melampau’ dalam kandungan media tempatan. Memualkan! Elok kerajaan atau KKMM ambil tindakan sekat siaran YouTube puak ini. Tak sesuai dengan budaya islamik dan timur. lebih2 lagi lagu2 dan content berkaitan hari mulia yg disambut umat Islam,” katanya.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber : RK