Ammar Alfian Join Netizan B4ntai Peguam Hafidzah, Sekali Zarina Anjoulie Pecah Rahsia Dia – Lubuk Viral

PETALING JAYA – Pelakon sensasi, Zarina Anjoulie mended4hkan tentang perangai aktor berbadan sasa Ammar Alfian yang menurutnya seperti kacang lupakan kulit apabila kerana lantang mengk11itik pengamal undang-undang yang terlibat dengan kes adik Bella, Hafidzah Hassan.

Zarina atau nama sebenarnya, Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul menerusi Twitter memaklumkan, peguam itu merupakan individu yang membantu Ammar untuk beberapa kes mahkamah terkait dirinya sebelum ini biarpun pelakon filem Paskal itu lantang mengkrit1knya hanya kerana ramai melakukan perkara sama sekarang.

“Ammar Alfian, waktu kau susah siapa tolong kau? Peguam lain rosakkan kes kau, dia (Hafidzah) hanya dapat duit baki ‘sipi sipi’ sahaja.

“Ammar Alfian, kau memang tak reti bersyukur. Kau pergi bantai (pukvl) orang di gimnasium, siapa tolong kau selesaikan? Hafidzah dan suami dia juga yang selesaikan.

“Ammar Alfian janganlah tak sedar diri. Waktu nak minta tolong bukan main kau pura-pura baik, gunakan dia (untuk khidmat guaman) dan sekarang, kawan aku (Hafidzah) kau kata j4hat. Kau dapat tebus tal4k dan dapat anak kau pun pasal siapa,” ciap Zarina, 35.

Menurut pelakon filem Hantu Kuat Ketawa itu lagi, Ammar sememangnya seorang yang suka bermuka-muka demi kepentingan dirinya sendiri.

“Sekali lagi, aku nak ingatkan kau siapa tolong masa kau kena t4ngkap? Sedarlah diri. Dahlah tak bayar duit orang itu, lagi mahu cerita.

“Aku dari awal dah pesan kawan aku (Hafidzah), jangan ambil kes kau sebab kau ini talam sejuta muka. Tapi sebab kasih4n, dia tolong juga,” katanya.

Zarina bertegas bahawa dia hanya mempertahankan rakan baiknya itu dan mengharapkan orang ramai bersikap terbuka dan tidak hanya bersuara hanya dengan mendengar satu pihak saya.

“Saya hanya mempertahankan BFF (kawan baik) sahaja. Saya minta maaf kacau hidup kalian hari ini. Tapi kebenaran perlu diberitahu. Semuanya (kebanyakan) yang kalian dengar hanya satu pihak sahaja.

“Saya pelik, Hafidzah tengah viral, j4ntan itu (Ammar) sibuk turut serta. Kenapa tak habis cerita pada netizen apa yang kau dah buat? Nak cheap fame (publisiti mur4han), kau tularkan kawan aku yang dah tolong kau waktu susah,” getus Zarina.

Terdahulu, Ammar atau nama sebenarnya Ammar Alfian Aziz menerusi Instagram menyifatkan Hafidzah yang mewakili anak guamnya, Siti Bainun sebagai seseorang yang kem4ruk publisiti dan wang ringgit.

“Ibu saya ternyata betul tentang kalian. Kiraf4h itu memang akan berlaku,” coret Ammar.

Mawi jadikan Zarina Anjoulie ustazah

Terdahulu Penyanyi dan pengarah filem, Mawi, 41, yang menawarkan watak ustazah kepada pelakon sensasi, Zarina Anjoulie Lavocah dalam filem terbaharu arahannya, Zim Zim Ala Kazim adalah bersandarkan bakat dan tidak ada kena-mengena dengan penilaian peribadi seseorang.

“Saya ambil dia (Zarina) berdasarkan watak dan bakat lakonan dimilikinya. Soal peribadi dia, memang saya tak ambil tahu langsung sebab itu urusan dia dan saya pun tak pernah nak tanya.

“Saya juga tak rasa bimbang nak bekerja dengannya kerana skrip itu memang sesuai untuk dia lakonkan. Dan, dia pun seorang yang senang bekerja dengan saya,” katanya mengulas kerjasama dengan Zarina yang sering terpalit kontrov3rsi.

Sebelum ini, Mawi sudah bekerjasama dengan Zarina menerusi filem Hantu Kuat Ketawa yang berjaya menjadi pilihan penonton di Astro First hingga tersenarai dalam carta teratas saluran itu.

Katanya, dia juga selesa bekerja dengan pelakon sama dalam projek filemnya walaupun dilihat seakan kurang popular kerana bertepatan bajet yang ada.

“Saya hanya nak senang kerja dengan pelakon, selain sedar jumlah bajet yang ada. Bukan tak mahu ambil pelakon popular, tapi saya tahu ia akan melebihi bajet yang kita ada.

“Jadi, daripada akan mendatangkan masalah di kemudian nanti, lebih baik saya ambil pelakon-pelakon yang senang nak bekerja saja. Lagipun, ia juga tidak menyusahkan pihak saya,” katanya.

Selain Zarina, barisan pelakon filem Zim Zim Ala Kazim ialah Datuk Ustaz Kazim Elias, Along Cham, Syanie Hisham, Danial Zaini, Sharif Kadir, Santesh dan ramai lagi.

KOSMO! ONLINE

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: http://trendingsangat.pw/