Selepas Pengakuaan Myra Natasya Kenapa Namanya Tidak Bintikan Halim, Ini Tawaran JPN Boleh Buat Halim Othman Lega- Lubuk Viral

Jasin: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sedia membantu pengacara dan bekas penyampai radio, Halim Othman sekiranya beliau berhasrat untuk menyelesaikan isu melanda dirinya ketika ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Ruslin Jusoh berkata, pihaknya sedia memberikan khidmat nasihat dan panduan berkenaan identiti anak Halim, Myra Natasya Abdullah, 27, yang tidak berbintikan namanya.

Menurutnya, Halim hanya perlu hadir ke ibu pejabat JPN di Putrajaya bersama dokumen berkaitan bagi memudahkan pihaknya menentukan kaedah terbaik menangani isu itu.

“Di peringkat JPN kita tidak tahu dokumen apa mereka ada dan perlu semak semua dulu, baru kita boleh bantu. Misalnya jika ada sijil perkahwinan di Thailand sila bawa bersama.

“Jika ada dokumen itu kita boleh buat pengesahan dan sebagainya. Insya-Allah kita lihat apa yang boleh dibantu.

“Jadi kita minta beliau datang ke JPN Putrajaya bagi memudahkan kita beri khidmat nasihat dan bantu apa yang sepatutnya,” katanya yang enggan mengulas lanjut kerana tidak mengetahui status sebenar isu itu.

Beliau berkata demikian kepada media selepas melancarkan program Kongsi Rezeki Ramadan dan mengagihkan bubur lambuk di hadapan pejabat JPN negeri di sini.

Sebanyak 900 pek bubur lambuk diedarkan pada program itu kepada pejabat jabatan dan agensi kerajaan selain secara pandu lalu kepada orang ramai oleh kakitangan JPN dan turut disertai Pengarah JPN negeri, Norazle Sulaiman.

Myra Natasya sebelum ini tampil mended4hkan kepada media bahawa dia adalah anak tunggal kepada Halim Othman,56, yang mana ibu bapanya berkahwin di Thailand pada 1994 dan turut bercer4i di sana pada 1998.

Dakw4nya disebabkan perkahwinan itu tidak didaftarkan di Malaysia sekali gus menyukarkan namanya untuk ‘bintikan’ nama bapanya.

Mengulas lanjut Ruslin berkata, JPN sedia memberi khidmat nasihat kepada rakyat yang memerlukan perkhidmatan seperti isu membabitkan kelahiran, kemati4n, warga negara dan pendaftaran kes rumit termasuk kes Halim.

“Syaratnya bawa dokumen yang ada, jika datang tanpa dokumen apa boleh kita bantu,” katanya.

Sementara itu, kata beliau, pihaknya memproses lebih 50,000 permohonan di bawah Program Menyemai Kasih Rakyat (Mekar) sejak 2018 hingga kini.

Katanya, menerusi program itu, JPN turun padang memberi khidmat seperti membuat kad pengenalan dan menggantikan sijil kelahiran yang hilang kepada golongan sasar terutama warga emas, orang kelainan upaya (OKU), pesakit telantar, pesakit ment4l, kronik dan mereka yang tidak berkeupayaan untuk datang ke JPN.

“Hasrat kerajaan di bawah Keluarga Malaysia adalah memastikan semua rakyat yang layak mendapat dokumen pengenalan diri akan diberikan dokumen.

“Kita tidak mahu mereka tercicir sekali gus tidak dapat menikmati kemudahan sebagai rakyat Malaysia terutama dalam kalangan Orang Asli,” katanya.

Ada rahmat disebaliknya – Halim Othman

Memang saya tak daftarkan perkahwinan di Malaysia, sebab rumah tangga itu dah tak aman dan saya bersama ibu Myra akhirnya membawa haluan hidup masing-masing.”

Itulah penjelasan pengacara dan bekas penyampai radio, Halim Othman, 56, berhubung identiti anak tunggalnya juga pelakon serta pengacara, Myra Natasya Abdullah yang tidak berbintikan nama Halim.

Menurut Halim, dia bersama bekas isteri, tidak sampai setahun hidup bersama selepas berkahwin pada 1994 dan apabila Myra dilahirkan pada 1995, mereka sudah tidak duduk sebumbung dan segala urusan anak dibuat oleh ibunya.

“Masa daftarkan itu memang bekas isteri letak nama bapa Myra, Abdullah sebab perkahwinan kami di Thailand berkenaan tidak didaftarkan di Malaysia dan ia dianggap tidak sah.

“Ketika itu, saya juga kata kepada bekas isteri tidak perlu besarkan cerita yang Myra anak saya, sebab tak mahu jadi ‘complicated’ dan dia akan terganggu,” katanya kepada Harian Metro.

Halim berkata, Myra memang dijaga sepenuhnya oleh ibunya, Yusnita sejak mereka berpisah.

Katanya lagi, disebabkan sibuk dengan kerjaya pada 1996 dan 1997, maka urusan perceraian dapat diselesaikan di Thailand pada 1998 selepas Myra berusia tiga tahun.

Ditanya juga mengenai rasa kesalnya, Halim berkata itu memang tidak dapat dinafikan kerana melihat anak sendiri yang berbintikan Abdullah dan pada mulanya, dia memang berasa kurang selesa dan tak berpuas hati.

“Tetapi, apabila dah tersedar sekarang, saya terimalah hakikat Myra binti Abdullah itu dan percaya ada rahmat di sebaliknya. Sesungguhnya, Allah Maha Tahu.

“Malah, bila mana saya fikir-fikirkan lagi, kadang-kadang nama ini apabila kita terima dengan ikhlas binti Abdullah itu mungkin ia juga membawa banyak tuah kepada Myra sekarang.

“Alhamdulillah, saya reda dengan nama Myra binti Abdullah itu dan dengan penjelasan ini kisah kami boleh ditutup dan sekarang ‘move on’ untuk kehidupan seterusnya. Malah, saya juga bersyukur hubungan dengan ibu Myra juga semakin baik,” katanya.

Mengulas juga mengenai komen netizen, Halim berkata dia gembira dan kagum apabila secara keseluruhannya kisah Myra diterima baik oleh orang ramai.

Katanya, walaupun ada segelintir netizen yang membuat spekulasi, tak mengapa sebab semua orang ada hak atas pandangan sendiri.

“Saya terima semua komen yang baik-baik ditulis itu. Saya juga tak marah dengan komen yang sebaliknya daripada netizen. Begitu juga dengan penjelasan saya ini, terpulanglah kepada mereka nak terima atau mahu fikir apa. Terserah,” katanya.

Terdahulu, Harian Metro mended4hkan Myra juga bekas peserta Dewi Remaja 2019 yang pernah menjadi pengacara Didik TV dan pelakon drama Republik Gombak di TV3 adalah anak Halim Othman selepas 27 tahun ‘dirahsiakan’.

Difahamkan, Myra atau nama sebenarnya, Yusmyra Natasya adalah anak Halim bersama bekas isteri, Yusnita Omar, 47.

kredit: hmetro

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: http://trendingsangat.pw/