[VIDEO] “Beribu masuk..” Anak Tak Sengaja Tekan ‘Live’, Sekali Perbualan Norman Hakim Dan Abby Abadi Tarik Perhatian – Lubuk Viral

Pasti ramai yang mengenali pelakon Abby Abadi dan bekas suaminya, Norman Hakim, dek kerana hubungan yang masih rapat menjadikan tumpuan ramai di media sosial. Keakraban keluarga ini sering mendapat pujian malah dicontohi cara mereka menjaga silaturahim.

Melihat di perkongsian Instaram milik Abby Abadi, dia memuatnaik satu video di mana satu r4kaman siaran langsung yang telah dilakukan oleh anak perempuannya, Maira Darda Farisa tanpa sengaja.

Darda dilihat berada di hadapan telefon yang berada pada stand dan telah menekan butang siaran langsung. Pada awalnya, Norman seperti menyedari apa yang terjadi tetapi seolah-olah tidak pasti apa yang sedang terjadi. Norman yang ketika itu sepertinya sedang mengambil barang di dalam kenderaan tersebut, juga sedang berbual dengan Abby.

Sesi r4kaman tersebut berlangsung selama beberapa minit sebelum disedari oleh seslapa pun. Dalam rakam4n tersebut kedengaran suara Norman dan Abby sedang berbincang sesuatu.

Akhirnya siaran langsung ini telah disedari oleh Abby apabila dia memasuki kereta dan terkejut apabila melihat telefonnya sedang bersiaran langsung. Abby terus menegur semua yang sedang melihat siaran langsung tersebut.

Abby telah memuatnaik semula video rakaman siaran langsung tersebut pada Instagramnya dan menulis kapsyen yang dia memang ingin melakukan siaran langsung untuk lipstick, baju dan tudung raya dan menceritakan apa sebenarnya yang berlaku.

“Ter live… Darda tekan! Papa nya mcm perasan je.. tp kata taktahu tadi”

“Kita blur kalau live2 ni.. sbb tu tak buat! Tadi letak HP kt stand mmg berangan nk buat live utk lipstick yg sy pakai, baju @aisysmom & tudung raya @normey.hq .. tp sbb tengah menunggu depan umah Papa Mummy, terlupaaa.. ni Darda tekan.. Dah berminit baru perasan hahaha.. maluu seketuii”, tulisnya.

VIDEO:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Abby Abadi (@abbyabadi_official)

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meninggalkan komen turut terhibur dengan telatah Darda menekan bitang siaran langsung pada telefon Abby. Malah ada juga yang mengatakan bila Darda tekan, terus beribu-ribu penonton. Adoi laa, nasib tak ada benda pelik yang berlaku. -TTK

KOMEN NETIZEN:

 

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber : Instagram abbyabadi_official