Usia Nak Masuk 3 Bulan, Neelofa Kongsi Video Bilal Nak Pandai Meniarap – Lubuk Viral

Hampir tiga bulan menimang cahaya mata sulung, sememangnya ramai yang tidak sabar melihat wajah anak kepada selebriti terkenal, Neelofa iaitu Muhammad Bilal.

Meskipun tidak mendedahkan wajah anak kepada umum, namun Neelofa tidak l0kek berkongsikan perkembangan terbaru Bilal buat pada peminat.

Baru-baru ini, Neelofa berkongsikan video memaparkan anak sulungnya itu kini sudah mula belajar untuk meniarap.

Dalam perkongsian lain, Neelofa turut memuat naik video Bilal yang ‘semangat’ buat tatapan umum. Neelofa turut berseloroh, orang puasa boleh lapar melihat tangan dan peha Bilal.

Terdahulu, Neelofa mengakui menerima banyak permintaan daripada peminat yang berharap agar pintu hatinya terbuka untuk berkongsikan wajah anaknya itu kepada umum.

Bagaimanapun, Neelofa berkata dia cuba untuk elakkan keluarganya daripada anasir tidak baik terutama sekali anaknya yang masih kecil.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

SUMBER: Instgaram Neelofa