Bayang Pun Tak Nampak, Sarah Ke Mekah Dengan Anak-Anak Tanpa Syamsul Yusof – Lubuk Viral

Kelibat pelakon dan pengarah Syamsul Yusof tidak kelihatan dalam beberapa hantaran gambar yang dimuat naik isterinya, Puteri Sarah Liyana yang berangkat mengerjakan ibadah umrah bersama dua anaknya, hari ini.

Menerusi perkongsian itu, hanya ibu dan bapa Syamsul iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Fatimah Ismail selain ahli keluarga Sarah dilihat hadir ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Melihat di ruangan Instagram Story miliknya, Sarah juga dilihat hanya mengambil foto bersama ibu mentuanya ketika dalam perjalanan ke lapangan terbang.

Foto: IG

Sarah yang mengenakan jubah serba putih berharap pemergiannya ke Tanah Suci mendapat umrah yang mabrur.

“Orang yang mengerjakan haji dan umrah adalah tetamu agung kepada Allah SWT. Sekiranya mereka berdoa kepada Allah, nescaya Allah perkenankan doa mereka. Sekiranya mereka memohon keampunan-Nya nescaya Allah ampunkan mereka.

“Doakan Sarah mendapat umrah yang mabrur,” katanya.

Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah yang kini berusia tiga tahun.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: Harian Metro