Muzik Video Joey Daud Nyanyi Satu Ketika Dulu Tular, “Suara Sedap..Tapi Kelakar Lagi Terer” – Lubuk Viral

Joey Daud adalah salah seorang selebriti berbakat besar. Cukup sinonim dengan karakter sebagai Daud M dalam Kampong Pisang. Karakter tersebut memberikan figura ini lebih popular dan menunjukkan Joey Daud ini memiliki bakat yang mampu menghiburkan ramai.

Malah rasanya ada yang belum tahu Joey Daud mula menceburi bidang hiburan tanah air dengan bergelar sebagai seorang penyanyi. Sempat bernaung di bawah penyanyi dan komposer terhebat, M.Nasir dan kini Joey Daud lebih popular sebagai pelakon dan pelawak.

 

118242802_307325230714192_6398529122999052281_n

Namun begitu baru-baru ini satu perkongsian video yang memaparkan Joey Daud nyanyi telah menjadi bualan hangat warganet. Perkongsian tersebut adalah dari muzik video yang pernah diterbitkan di satu waktu dulu.

Apa yang mencuri perhatian ramai adalah suara nyanyiannya itu. Lunak merdu hingga ada yang tidak percaya itu adalah suara figura ini. Korang saksikan sendiri dalam perkongsian muzik video Joey Daud nyanyi zaman dulu kala ini:

@zam_husqvarna “Beradu Suratan” (1994)🎵🎶🎧 – #joeydaud #lyrics #mnasir #copyright® #320kbps #720p ♬ Beradu Suratan – Joey

Perkongsian muzik video Joey Daud nyanyi zaman dulu kala ini telah meraih lebih 100 ribu tontonan dan hampir 5000 likes. Difahamkan lagu milik Joey Daud ini berjudul Beradu Suratan dan dikeluarkan pada tahun 1994.

Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian ini:

“Suara Joey memang sedap…Cuma tuahnya rasanya pada lakonan lebih menyerlah”

Video Joey nyanyi 4

“Baru aku tau sekarang rupanya Joey punya lagu ni. Teringat aku masa zaman tingkatan 1, seangkatan dengan Elite, 4U2C, Femenin”

Video Joey nyanyi 3

“Suara sedap..Tapi kelakar lagi terer..Joey”

Video Joey nyanyi 2

“Lagu Joey rupanya, suka lagu ni masa tahun 90an”

Video Joey nyanyi 1

Berikut adalah muzik video asal nyanyi Joey Daud ini:

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: HCL